Wednesday, July 6, 2011

Ganyang komunis: Provokasi GERTAK dan UMNO

http://buletinonline.net/images/stories/berita49/gertak%20komunis.JPGBuletin Online - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu memandang serius kain rentang dan kad jemputan program “Ganyang Komunis” yang diedar oleh Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) yang memaparkan logo BERSIH pada topi ‘Komunis’. Kain Rentang tersebut dapat dilihat di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu dan Kad Jemputan tersebut turut disebarkan melalui laman sosial Facebook.

Ianya secara langsung telah mengaitkan BERSIH 2.0 dengan komunis dan menggambarkan perjuangan BERSIH 2.0 adalah sama dengan perjuangan komunis.

Maka dengan itu, DPPNT memandang bahawa ini merupakan satu cubaan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang diperjuangkan oleh BERSIH 2.0 iaitu 8 tuntutan :

1.    Penghapusan Undi Pos
2.    Pembersihan Daftar Pemilih
3.    Akses Yang Adil Terhadap Media
4.    Penggunaan Dakwat Kekal
5.    Masa berkempen minima 21 hari
6.    Kukuhkan institusi awam
7.    Hentikan rasuah
8.    Hentikan politik kotor

Amat menyedihkan dan merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima akal yang waras apabila ada pihak iaitu GERTAK yang mengambil kesempatan mengaitkan BERSIH 2.0  dengan ideologi perjuangan komunis.

Sehubungan dengan itu, DPPNT menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap GERTAK yang jelas cuba melakukan provokasi secara melampau dan biadab. Rakyat tidak pernah lupa bahawa pihak yang sama juga pernah menganjurkan program MELAYU BANGKIT pada 13 Mei tahun lalu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita49/gertak%20komunis1.JPGDPPNT ingin menegaskan di sini bahawa GERTAK merupakan sebuah pertubuhan  tidak berdaftar yang dibayangi  di oleh UMNO Terengganu. Pengerusi GERTAK, Razali Idris merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Marang. Tindakan UMNO merestui program ini menyerlahkan sikap UMNO terhadap keharmonian rakyat.

Ini jelas berbeza dengan BERSIH 2.0, merupakan Gabungan NGO berdaftar yang bergabung bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Apatah lagi BERSIH 2.0 sudah mendapat perkenan daripada DYMM Tuanku Sultan untuk mengadakan himpunan secara aman di stadium.

Justeru, mana-mana tindakan yang berbentuk kekerasan dan provokasi seperti program GERTAK, rampasan baju, penahanan penyokong BERSIH 2.0, sekatan-sekatan jalanraya yang tidak munasabah dan seumpamanya hendaklah dihentikan.

Kami turut menggesa pihak berkuasa agar membebaskan penyokong-penyokong BERSIH 2.0 dan mengembalikan semula baju-baju dan bahan-bahan BERSIH 2.0 yang dirampas. Sekiranya gesaan ini gagal dan tidak diendahkan, maka boleh dianggap sebagai derhaka kepada DYMM Tuanku Agong yang merupakan Ketua Negara.

Isu BERSIH 2.0 mengancam keselamatan awam langsung tidak timbul. Ini kerana BERSIH 2.0 bukanlah satu gerakan bersenjata yang ingin menjatuhkan kerajaan tetapi merupakan badan yang bertindak menuntut suatu pilihanraya yang bersih dan adil. DPPNT percaya isu penemuan senjata bersama-sama T-Shirt BERSIH adalah satu provokasi terancang oleh pihak-pihak tertentu.

MUHAMMAD ZAIDAN BIN ABDULLAH
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
0199816025
6 Julai 2011 / 4 Syaaban 1432H

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template