Saturday, July 16, 2011

ESSO Tutup, Bukti 1M Gagal Yakinkan Pelabur Asing

Desas-desus Exxonmobil mahu melupuskan pegangannya di dalam Esso Malaysia sekali gus menutup operasi runcitnya di negara ini kerana mempunyai margin keuntungan yang rendah merupakan faktor utama kegagalan pentadbiran Najib meyakinkan pelabur asing berhubung keadaan ekonomi semasa Malaysia.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, tindakan Exxonmobil itu bukan saja menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengekalkan pelabur sedia ada, malah ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kemampuan Perdana Menteri menguruskan negara.

"Esso telah bertapak dinegara kita lebih 50 tahun, kenapa tiba-tiba mereka mahu tarik diri dari melabur? Mesti ianya bersebab?," soalnya.

"Mereka tidak yakin dengan kepimpinan dalam negara kita yang dilihat semakin bertambah buruk dan tidak cekap dari segi pengurusan," katanya memberitahu Tvselangor.

Memetik laporan media kawalan Umno, Utusan Malaysia hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap Esso Malaysia tidak akan menutup operasi runcitnya di negara ini.

Bagaimanapun menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya syarikat itu masih berhasrat berbuat demikian, beliau berharap operasinya akan diambil alih oleh syarikat tempatan.

Esso Malaysia dimiliki oleh Exxonmobil International Holdings Inc.

Syarikat minyak antarabangsa itu juga didakwa mahu memberi fokus kepada penerokaan dan pengeluaran minyak berbanding perniagaan runcit.

Mengulas lanjut berhubung tindakan kerajaan memberi milikan operasi runcitnya kepada syarikat tempatan, Azan berkata, ia tidak berasas.

Katanya, sedangkan syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengalaman juga mengalami margin keuntungan yang rendah, bagaimana pula sebaliknya nanti?.

"Kita bimbang oleh kerana ketidakcekapan ini akan menyebabkan pengguna akan teraniaya kerana kos pengurusan yang teruk itu akan terbeban kepada pengguna," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengesa agar Najib segera mencari jalan penyelesaian terbaik ini kerana sekiranya Najib bertegas untuk memberi milikan kepada syarikat tempatan ia dikhuatiri mempunyai kepentingan politik pemerintah.

"Ada beberpa perkara yang perlu dijawab dan tidak boleh disembunyikan oleh kerajaan sekarang, kenapa perkara seumpama ini berlaku sedangkan kita sedia maklum ia akan memberi kesan serta merta kepada rakyat (pengguna) iaitu menanggung beban kos yang lebih mahal,"katanya.

"Soal kepentingan pemilikan diberi kepada syarikat kroni, itu perkara biasa dilakukan oleh kerajaan, tetapi persoalannya kenapa kerajaan tidak mahu memikirkan nasib yang bakal ditanggung rakyat,"tambahnya lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template