Tuesday, July 19, 2011

DARUL IMAN WAJAR TURUTI DARUL AMAN


Buletin Online – Terengganu yang bergelar ‘Negeri Beriman – Darul Iman’ wajar mengikuti keputusan Kerajaan Kedah Darul Aman menguatkuasakan larangan premis hiburan kepada orang Islam, sepanjang Ramadhan.


Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mencadangkan Kerajaan Negeri mengikuti keputusan Kerajaan Kedah berhubung penutupan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadhan.

Menurutnya, penutupan tersebut memberi banyak kelebihan kepada orang Islam terutama menghalang mereka daripada ke tempat-tempat melalaikan.
Lebih penting katanya, umat Islam dapat memebri tumpuan menunaikan ibadat sepanjang Ramadan dengan penuh penghayatan, selain ‘menghiburkan hati’ ke rumah-rumah ibadah dan mengimarahkan masjid-masjid.

“Apabila perkara sedemikian dikuatkuasakan, kita boleh menggunakan ruang yang ada sepanjang bulan Ramadhan untuk menjadi orang yang baik dengan tidak ke tempat-tempat melalaikan.

Mungkin dengan kebaikan dan ibadah yang bersungguh-sungguh yang dilakukan itu akan diberi hidayah oleh Allah dan seterusnya menjadi orang yang baik biarpun selepas Ramadan,” katanya ketika ditemui dipejabatnya hari ini Selasa, 19 Julai

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung penguatkuasaan undang-undang berhubung penutupan operasi pusat hiburan di Kedah di bulan Ramadan.

Beliau yang menyokong apa yang dilakukan kerajaan Kedah itu berkata, kerajaan negeri itu juga tidak menyentuh hak bukan Islam apabila larangan hanya tertumpu kepada premis pusat hiburan milik orang Islam.

Katanya, orang Islam juga dilarang kunjungi pusat hiburan yang beroperasi sepanjang bulan puasa.




Jom Ubah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template