Thursday, July 21, 2011

CADANGAN DR ANTORY DIKETAWAKAN OLEH MEREKA YANG BELAJAR DI SEKOLAH ATAP


Buletin Online - Hairan bin ajaib, bagaimana seorang yang bergelar Profesor , tiba-tiba menyuruh kerajaan mengambil tindakan kepada Malaysian Insider kononnya pemberitaanya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara. Cadangan beliau ditertawakan oleh mereka yang belajar di sekolah atap. Sebenarnya yang tergugat ialah kerajaan BN, bukannya keamanan negara.

Mengapa perlu takut dengan media baru, bukankah umno memiliki media gergasi yang dapat dipancar ke setiap pelusuk kampaung. Memang sahlah parti yang di dokong oleh Dr Antory Hussin sudah hendak menghembus nafas terakhir, sehingga takut keburukan parti umno diketahui oleh rakyat.

Beliau merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia yang memang terkenal sebagai penyokong umno tegar telah mencadangkan perkara tersebut, kerana beliau resah dengan maklumat yang diberikan oleh Malaysia Insider dan media alternatif lain.

Jika benar laporan media alternatif ini bahaya dan menyalahi etika media, kerajaan boleh bertindak melalui Akta Hasutan bukannya menerima cadangan Dr Antory.

Sepatutnya yang perlu takut kepada media alternatif ialah Datu Seri Najib dan Datin Rosmah, bukannya beliau. Tidak cukup lagikah dengan gaji sebagai seorang Profesor sehingga sanggup menjadi pengampul kelas pertama. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kualiti graduan yang beliau ajar,jika beliau yang berfikiran sempit dan tidak memahami bahawa sekarang langit sudah terbuka. Inilah nasib seorang Profesor jika taasub dengan umno sehingga hilang rasional apabila memberi pandangan.

Ustaz Idris Ahmad
AJK PAS Pusat


Jom Ubah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template