Wednesday, July 6, 2011

Bev Akciecek: Sahabat Muslimku Selamatkan Babi Goreng Kami

Bev Akciecek: Sahabat Muslimku Selamatkan Babi Goreng Kami

HHRS 2.0 - Seorang bos kedai makanan diperintahkan untuk mencabut extractor fan kerana bau daging babi gorengnya tersebar kemana-mana. Bau itu boleh menyinggung perasaan orang Muslim yang melalui rumah makan tersebut ketika daging babi yang sedang digoreng.

Bev Akciecek, bos pemilik rumah makan Snack Shack Bev, menghadapi kehancuran apabila ketua dewan bandar memerintahkan dia untuk mencabut extractor fan dari kedainya. Perintah larangan tersebut katanya datang setelah jiran Muslimnya mengatakan bau daging babi goreng membuat mereka sakit secara fizikal.

Pejabat setempat menyatakan bau dari rumah makan Snack Shack Bev tidak boleh diterima atas dasar undang-undang kemudahan tempat tinggal. Kerana, umat Islam dilarang makan daging babi.

Tapi ketika Bev Akciecek mengajukan rayuan, dia mencari fakta yang sebaliknya. Dia tidak medapati laporan pegawai yang menyebutkan jiran Muslimnya merasa keberatan dengan meletakkan extractor fan di kedai makannya.

Tetangga dan teman-teman Muslimnya justeru menyokong Bev Akciecek. Dia tetap dibenarkan untuk menggunakan extractor fan untuk peredaran udara kedai makannya.

"Ini kemenangan bagi akal sihat," kata ibu tujuh anak berusia 49 tahun tersebut. ''Kami mempunyai banyak sokongan dari komuniti Muslim yang marah dengan apa yang telah terjadi. "

Bev Akciecek dan Cetin suaminya, Muslim Turki berusia 50 tahun yang bekerja sebagai tukang masak, menghadapi masalah ketika ada laporan bahawa tetangganya mengeluhkan bau daging babi yang membuat teman-teman Muslim suaminya menolak untuk mengunjunginya. Bev Akciecek melayangkan permohonan rayuan kepada Lembaga Stockport. Tapi, permohonan rayuannya ditolak.

Dengan extractor fan dimatikan, kafe milik Bev Akciecek pasti akan rimas kerana penuh asap dan lemak. Itu bererti rumah makan miliknya terancam muflis.

Tapi, Bev Akciecek beruntung kerana teman-teman Muslimnya mempunyai toleransi tinggi untuk memperbolehkannya tetap menggunakan extractor fan. "Teman-teman Muslim Cetin melawat kedai dua kali seminggu. Saya mempunyai pelanggan muslim lain yang ingin toasties keju. Mereka tidak tersinggung,''katanya." Aku tidak percaya kami menjadi sasaran. Kami hanya lega telah menang. " (diterjemah dari fiqhislam)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template