Saturday, July 16, 2011

Bersih 2.0: Kalau tak puas hati, Najib ajak selesaikan dalam PRU



HHRS 2.0 - Bersih 2.0 ajak Najib dan jentera rejimnya SPR wujudkan sistem pilihan raya bersih. Yang mangkuknya Najib dengan bongkak mencabar pimpinan rakyat yang tidak puas hati dengannya bertarung dalam PRU. 

PRU yang macam mana nak ajak bertarung? PRU yang sedia kala jahanam seperti mana sekarang ini atau PRU yang telah memenuhi segala 8 tuntutan yang di tuntut oleh barisan rakyat Bersih? Najib berani cakap besar dalam sistem pengurusan negara yang kotor. Cakap berbelit-belit. Cukup-cukup lah nak membodohkan orang kampung.



Najib: Demonstrasi jalanan bukan jawapan, mari selesai masa PRU



The Malaysian Insider – Datuk Seri Najib Razak berkata demonstrasi jalanan bukan jawapan bagi melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kerajaan kerana perbuatan itu boleh menjadi terkawal dan mungkin mengakibatkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

“Sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan kerajaan, marilah kita selesaikannya apabila tiba pilihan raya dan biar rakyat yang membuat keputusan,” katanya dipetik Bernama Online.

“Kami akan bentangkan kes kami dan pembangkang akan kemukakan kes mereka. Biar rakyat yang menentukannya,” kata Perdana Menteri (gambar) ketika berucap pada perhimpunan rakyat Malaysia di United Kingdom (UK) di sini malam tadi.

Kata Najib: “Kita tidak perlukan semua ini (demonstrasi).”

“Apa yang kita mahu ialah sebuah negara Malaysia yang ditransformasikan, sebuah negara Malaysia yang boleh menjadi kebanggaan dan kesayangan kita,” katanya lagi.

“Kita mahukan sebuah negara yang boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang maju sepenuhnya, yang boleh menjadi contoh ketara sebagai sebuah negara maju. Inilah harapan kita untuk Malaysia.

“Kalau pun kami hendak dianggap membuat kesilapan, kesilapan itu semata-mata bertujuan untuk memastikan ketenteraman, keselamatan awam dan keharmonian awam sentiasa terpelihara kerana apabila berlaku sesuatu kesilapan, ia akan merebak dengan amat pantas dan sukar untuk dibayangkan apa yang akan terjadi selepas itu kerana keganasan pasti akan membuahkan keganasan juga,” katanya.

Merujuk kepada beberapa perkara, termasuk pencapaian pembangkang pada pilihan raya umum lepas, Najib berkata itu menunjukkan wujudnya demokrasi di Malaysia.

“Dan pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih. Kalau anda rasa itupun belum memadai, kami akan lakukannya dengan lebih baik lagi – kami akan perkenalkan sistem biometrik, contohnya, untuk memastikan tidak wujud pengundi hantu,” kata beliau.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template