Sunday, July 24, 2011

Bacaan untuk pencacai: Kejar lah untuk kesihatan, jangan kejar wang rakyat




Sebahagian orang mungkin merasakan penuh kesusahan tatkala ia kekurangan harta atau mempunyai banyak hutang sehingga membawa fikiran dan tidur tidak nyenyak. Padahal mereka masih diberi kesihatan yang baik, masih kuat bekerja. Juga masih bersemangat untuk beribadah dan melakukan ketaatan lain. Perlu diketahui bahawa nikmat sihat itu sebenarnya lebih baik dari nikmat kaya.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لاَ بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنِ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنِ اتَّقَى خَيْرٌ مِنَ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنَ النِّعَمِ
Tidak mengapa seseorang itu kaya asalkan bertakwa. Sihat bagi orang yang bertakwa itu lebih baik dari kaya. Dan hati yang bahagia adalah bagian dari nikmat.” (HR. Ibnu Majah no. 2141 dan Ahmad 4/69, shahih kata Syaikh Al Albani)



Orang Kaya Lagi Bertakwa

As Suyuthi rahimahullah menjelaskan bahawa orang kaya tetapi tidak bertakwa maka akan binasa kerana ia akan mengumpulkan harta yang bukan haknya dan akan menghalang yang bukan haknya serta meletakkan harta tersebut bukan pada tempatnya. Jika orang kaya itu bertakwa maka tidak ada kebimbangan seperti tadi, bahkan yang datang adalah kebaikan.

Benarlah kata Imam As Suyuthi. Orang yang kaya tetapi tidak bertakwa akan memanfaatkan harta semahunya saja, tidak boleh memilih manakah jalan kebaikan untuk penyaluran harta tersebut. Akhirnya harta tersebut dihamburkan foya-foya.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template