Sunday, July 24, 2011

Anders Behring Breivik pengebom Norway ahli forum neo Nazi


HHRS 2.0 - Hari Sabtu, Polis Norway berkata kepada media Al Jazeera mengesahkan bahawa suspek pembunuhan kejam di Norway adalah Anders Behring Breivik.

Breivik sendiri sudah mengakui melakukan serangan saat soal siasat pada hari Sabtu. Ia mengaku anggota kumpulan sayap kanan politik. Laporan-laporan menujukkan dia adalah ahli parti anti-imigresen, dia pernah menulis di blog yang mengandungi serangan terhadap multi kulturisme dan ia merupakan ahli sebuah forum neo-Nazi dalam talian.

Dilaporkan dari Al Jazeera, sebelum melakukan pembunuhan beramai-ramai Brievik membeli enam tan keluli, hal ini berdasarkan laporan dari penjual keluli, hari Sabtu. Jika terbukti bersalah atas tuduhan keganasan, Breivik akan menghadapi hukuman penjara maksimum 21 tahun, kata polis.

Seperti diberitakan sebelumnya, serangan di sebuah pulau Utoya dilakukan hanya beberapa jam selepas sebuah letupan besar yang merosakkan bangunan pejabat Perdana Menteri di Oslo.

Seorang Kristian Fundamentalis

Behring Breivik, lelaki berambut perang itu menggambarkan dirinya sebagai seorang "Kristian Konservatis" dalam halam Facebooknya.

Dalam akaun Twitternya, yang postingnya terbaru, bertarikh 17 Julai dalam bahasa Bahasa Inggeris Breivik mengatakan: "Satu orang dengan keyakinan, adalah sama dengan kekuatan 100,000 orang yang hanya mempunyai kepentingan".

Dalam dokumen Breivik tahun 2009-2010 di websitenya, ia menyebut dirinya kritis terhadap Islam. Breivik mengkritik polisi Eropah yang berusaha menampung budaya kumpulan etnik yang berbeza-beza.

"Bila multi-kulturisme berhenti menjadi sebuah ideologi yang dirancangn untuk mendekontruksi budaya Eropah, tradisi, identiti dan negara bangsa?", Katanya dalam salah satu isi blognya, diposting tarikh 2 Februari 2010.

Breivik mengaku sebagai seorang penyokong "Sekolah Pemikiran Vienna", yang anti multikulturisme dan penyebaran Islam.

Dia juga mengagumi Geert Wilders, seorang ahli politik anti-Islam di Belanda.

Pengakuan dari Breivik ini mematahkan khabar sebelumnya yang menyatakan kelompok Islam bertanggung jawab atas serangan di Norway. Pelakunya adalah seorang Kristian Fundamentalis.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template