Friday, July 15, 2011

Ahli Parlimen Muar ditangkap lagi – kerana baju Bersih dan baju Ubah!

MUAR, 15 JULAI – Polis menangkap Ahli Parlimen DAP Bakri Er Teck Hwa di sini malam tadi kerana “kesalahan” memakai t-shirt Bersih 2.0, walau pun perhimpunan aman itu telah pun selesai diadakan pada Sabtu lalu.
Ketika ditangkap, beliau sebenarnya sudah menyarungkan sehelai t-shirt merah di atas t-shirt Bersih berwarna kuning yang dipakainya.
Beliau yang ditangkap pada jam 8.30 malam tadi telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk memberi keterangan.
Beliau yang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis peringatan kematian Teoh Beng Hock di sini telah ditangkap selepas enggan membuang t-shirtBersih yang dipakainya setelah dipaksa oleh seorang pegawai polis.
Bagaimana pun seorang ahli DAP yang berada bersamanya telah memberikannya t-shirtberlambang “Ubah” berwarna merah untuk disarungkan di atas t-shirt Bersih yang dipakainya.
Namun, seorang pegawai polis lain tidak puas hati dan terus memaksa Er membuka t-shirt Bersih yang dipakai sebagai pakaian dalamnya.
Er yang enggan tunduk dengan paksaan polis membuatkan pihak polis menangkapnya dan membawanya ke balai untuk diambil keterangan. Beliau dibebaskan selepas memberi keterangan kepada polis.
Minggu lalu, Er bersama pemimpin Pemuda DAP Johor Tan Hong Ping serta empat yang lain ditahan oleh polis kerana didakwa mempromosi Bersih 2.0 di Taman Sri Tebrau, Johor Bahru.
Er bagaimana pun menafikan tuduhan polis kerana beliau bersama rakan-rakannya hanya menjalankan kempen gotong-royong untuk membersihkan kawasan pasar di taman berkenaan. – Roketkini.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template