Friday, July 29, 2011

ACCIN gesa kerajaan tegas terhadap penjualan arak secara bebas

MR - Gabungan Pertubuhan NGO Islam Malaysia (ACCIN) meminta pihak kerajaan supaya menangani dengan serius isu penjualan arak tanpa kawalan yang sedang berlaku di dalam negara.

ACCIN meminta supaya tindakan lebih tegas dikenakan terhadap orang Islam yang didapati meminum arak.  Pihak Jabatan Agama perlu lebih hebat memantau kawasan-kawasan "panas" untuk mencegah perbuatan tersebut.

ACCIN bimbang dengan gejala ini dan melihat ianya boleh menjejaskan modal insan yang ingin dibina di dalam negara kita.  Golongan yang minum dan ketagih arak ini perlu dibendung.  Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana mereka boleh menyebabkan berlaku banyak masalah sosial.

Oleh itu, wajar bagi pihak kerajaan dan pelbagai agensi yang bertanggungjawab supaya memberikan perhatian serius tentang masalah ini.

*Kenyataan daripada Mohd Roslan Moh Nor selaku Setiausaha ACCIN 2011 (Gabungan Pertubuhan–Pertubuhan Islam Bukan Kerajaanm atau Allied Coordinating Committee of Islamic NGO, ACCIN)

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
Research And Information Centre On Islam (RICOI)
Persatuan Darul Fitrah Malaysia
Persatuan Al-Hunafa’
Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
Pertubuhan Jama’ah Islah Malaysia (JIM)
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P (JAM’IYAH)
Islamic  Information & Services Foundation (IIS)
Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia (AL-HIDAYAH)
Interactive Muslimah Association (IMAN)
Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)
Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia (DARUSSYIFA)
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
World Assembly Of Muslim Youth (WAMY)
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template