Tuesday, July 5, 2011

248 Perempuan Diperkosa dalam Dua Malam

248 Perempuan Diperkosa dalam Dua Malam

HHRS 2.0 - Sebanyak 248 perempuan mengaku telah diperkosa oelh tentera di Wilayah Sud-Kivu di Republik Demokratik Congo di wilayah yang disebut PBB sebagai "ibu kota rogol" dunia, demikian menurut laporan media tempatan, Isnin.

Seorang doktor sebuah rumah sakit di Nakiele mengatakan kepada AFP bahawa 121 perempuan tempatan melaporkan telah menjadi mangsa rogol pada malam tarikh 11 ke 12 Jun. Sementara itu, seorang jururawat mengatakan, pada malam sebelumnya, 55 perempuan dilaporkan telah diperkosa di dekat kota Abala. Seorang pekerja kesihatan yang lain mengatakan, sebanyak 72 perempuan di Desa Kanguli melalaporkan, mereka juga diperkosa pada malam itu.

Ketua Desa Nakiele, Losema Etamo Ngoma, mengatakan kepada AFP, rogol dan penjarahan dilakukan oleh sekurang-kurangnya 150 lelaki bersenjata di bawah pimpinan kolonel tentera nasional Nyiragire Kulimushi, yang juga dikenali sebagai "Kifaru". Menurut dia, para tentera itu tiba secara berkelompok sejak pukul 11.00 waktu tempatan pada 11 Jun, dan diperintahkan oleh Kulimushi untuk mencarikan sesuatu untuk dimakan.

"Pada sekitar pukul 20.00 saya mendengar tangisan perempuan di mana-mana. Saya minta untuk menemui kolonel, tetapi seorang pegawai mengatakan bahawa saya tidak boleh menemuinya, maka saya kembali ke rumah," katanya. "Mereka meninggalkan kampung pada pagi hari sekitar pukul 05.00. Saya pergi ke rumah-rumah sekitar dan saya mencari para perempuan sedang menangis," katanya.

"Para tentera itu telah memperkosa kami," kata ketua kampung itu meniru pengakuan para perempuan itu kepadanya. Seorang ibu berusia 28 tahun yang mempunyai dua anak menceritakan kepada AFP bagaimana dua tentera memaksa dia untuk membuka pintu sebelum mengancam akan membunuhnya, lalu memerkosanya. "Setelah mereka pergi, saya mula merasa sakit," kata ibu itu.

Kulimushi adalah bekas ahli militia suku Mai Mai yang menyatu dengan tentera nasional tahun 2009 selepas perjanjian damai dengan Kinshasa.

Setelah aksi brutal itu, jurucakap kerajaan, Lambert Mende, berkata, pasukan kerajaan kini aktif mencari Kulimushi dan bahawa mahkamah khas akan dibentuk untuk menyemak kes itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, dan kerajaan-kerajaan asing telah lama mengeluh tentang impunitas yang terjadi bagi kejahatan keji yang dilakukan tentera di Congo. Margot Wallström, wakil khas PBB untuk membanteras keganasan seksual di wilayak konflik, beberapa waktu lalu, menyebut, negara Republik Demokratik Congo sebagai "ibu kota rogol" di dunia. (diterjemah dari fiqhislam)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template