Sunday, June 19, 2011

Zionis gopoh menyahudikan istana Khalifah Bani Umayyah


HHRS 2.0 - Seperti mengejar masa, Zionis dikhabarkan akan menyelesaikan projek yahudisasi di Istana Bani Umayyah. Kenyataan ini disampaikan lembaga wakaf dan peninggalan Al-Aqsa, Palestin dalam sebuah keterangan secara bertulis pada Quds Press, Kamis (16/06/2011).

Lembaga wakaf Al-Aqsa menegaskan, kegiatan Yahudi tersebut terjadi di tengah kerja-kerja memusnahkan sejumlah bangunan bersejarah milik kaum muslimin. Mereka mengusai beberapa tanah wakaf kaum muslimin yang meruapakan sebahagian dari Al-Aqsa.

Keadaan ini menyebabkan lembaga wakaf menuntut menghentikan projek yahudisasi Zionis yang sangat berbahaya, di samping berlakunya penodaan terhadap Masjid Al-Aqsa dan bandar Al-Quds secara am.

Lembaga ini menjelaskan, melalui kunjunganya selama dua hari ke sejumlah bangunan di Istana Khalifah Bani Umayyah berkata, Israel sedang mengerjakan projek secara besar-besaran dengan mengupah puluhan orang, sejak awal pagi hingga tengah malam, dengan pengawasan para jurutera dan profesional.

Dalam dua hari itu sahaja, mereka telah membina sejumlah menara pengawas di setiap sudut istana Bani Umayyah. Seperti di sudut bahagian tenggara Masjid Al-Aqsa atau sebelah belakang surau Marwan, sudut belakang mihrab Al-Aqsa. Pada masa yang sama, mereka masih meneruskan projek penggalian dan pembangunan bangunan moden mirip paip serta sejumlah jalan yang sempit yang menghubungkan antara menara pengawas.

Sementara itu, Ketua Yayasan Al-Aqsa berkata, pelaksanaan projek yang begitu cepat dan melibatkan sejumlah pekerja yang begitu ramai serta jurutera secara gopoh menunjukkan bahawa mereka serius untuk segera menyelesaikan projek yahudisasi ini.

Setelah itu, mereka akan mengumumkan bahawa kawasan tersebut masuk dalam bahagian sejarah Taurat (Yahudi) yang merangkumi kawasan Isawiyah utara Al-Quds, Jabal Masyarif, Shuwanah, Wadi Jauz hingga wilayah Makam Babu Rahmah yang menempel dengan dinding Al-Aqsa bahagian timur, kemudian melingkar merangkumi kawasan istana Bani Umayyah, tembok ratapan (Al-Buraq) south Al-Aqsa, juga Wadi Halwa di Silwan dan berakhir di Silwan wilayah Al-Bustan. Semua ini tergabung dalam satu projek pembangunan taman Taurat di sekeliling Masjid Al-Aqsa dan Kota Lama, katanya. (diterjemah dari global muslim community)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template