Wednesday, June 22, 2011

Yahudi: Tulang-tulang orang islam dikumpulkan untuk bina hotel


HHRS 2.0 - Yayasan Solidaritas HAM Antarabangsa mengutuk siri kejahatan Israel terhadap tempat suci dan perkuburan orang islam. Pekuburan Qaslah menjadi bukti kejahatan Israel, tulang orang islam dikumpulkan dan dipindahkan ke suatu tempat, dan di atasnya akan dibina sebuah hotel. Tindakan ini menegaskan kejahatan nyata Israel yang melanggar segenap ajaran tuhan dan undang-undang antarabangsa.

Ahmad Thubasi, peguam dan penyelidik pada yayasan hak asasi manusia, menegaskan penolakan atas tindakan keji ini, penggalian dan pemusnahan kubur Islam yang bersejarah dan merubah simbolnya. Tindakan Israel ini sungguh melanggar kehormatan dan mengganggu perasaan kaum muslimin. Pihak Berkuasa Arkeoligi Israel tidak mempunyai hak untuk merosakkan perkuburan Israel dan tempat suci kaum muslimin yang berada di kawasan di Palestin.

Jenayah berterusan

Thubasi menegaskan bahawa Israel terus meneruskan kejahatannya, bukan kali pertama dan bukan yang terkini. Sebelumnya Israel melakukan jenayah terhadap kubur Ma'manullah, dan merubahnya menjadi kawasan hijau, menjadi muzium dan taman-taman awam, mendirikan bangunan selepas meratakannya. Juga kubur Bab Rahmat yang diubah Israel menjadi sebuah taman, padahal tempat tersebut murni perkuburan kaum muslimin sejak dibebaskannya Palestin yang tepat berada di samping Masjid Aqsa, terdapat beberapa kubur sahabat, tabi'in, pemimpin dan reformis Israel.

Seperti tanah perkuburan Hakim Islam pertama di Baitul Maqdis, Ubadah bin Shamit, Shadad bin Aus dan puluhan sahabat yang lain.

Thubasi menyebutkan bahawa perkuburan Islam adalah wakaf kaum muslimin, watak ini tidak berubah dengan perubahan simbol atau perubahan waktu. Ia menuding pemerintah Israel bertanggung jawab penuh atas kejahatan yang dilakukannya terhadap tempat suci dan perkuburan kaum muslimin. Serta menuntut masyarakat antarabangsa dan segenap organisasi untuk mengintervensi dan menekan kerajaan Israel supaya menghentikan pelanggaran itu. (diterjemah dari globalmuslim)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template