Tuesday, June 14, 2011

Tony Blair membaca Al-Quran setiap hari. Bagaimana dengan kita? asyik sibuk dengan fitnah video seks

Pendeta Terry Jones pada tahun lalu, yang menyeru untuk membakar al-Quran bertepatan dengan amaran kesembilan serangan 11 September 2001 di Amerika. Blair menyerukan untuk "baca al-Quran daripada membakarnya."

HHRS 2.0 - Kaum Muslim yang sudah mulai meninggalkan al-Quran benar-benar harus malu. Tony Blair yang beragama Katolik saja faham betul pentingnya urusan aspek ini dalam dunia global, sehingga ia membaca al-Quran setiap hari.

Seperti dilapor islamtoday, Tony Blair, bekas Perdana Menteri Inggeris, yang saat ini menjabat sebagai utusan Jawatankuasa Kuartet untuk proses perdamaian di Timur Tengah, menegaskan bahawa ia membaca al-Quran setiap hari.

Surat khabar "Daily Mail" edisi hari Isnin (13 / 6) mengutip dari Blair yang mengatakan bahawa "Membaca kitab suci kaum Muslim akan memastikan dirinya memahami lebih banyak urusan agama kerana pentingnya aspek ini dalam dunia global."

Blair menambah bahawa ia membaca al-Quran setiap hari untuk memahami beberapa perkara yang terjadi di dunia. Memandangkan hal itu sangat berguna dalam kehidupan yang bersentuhan langsung dengan pekerjaannya sebagai utusan Jawatankuasa Quartet untuk Keamanan di Timur Tengah, yang merangkumi PBB, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair yang memeluk Katolik setelah beberapa bulan turun dari jawatannya sebagai Perdana Menteri pada tahun 2007. Bahkan dia mengecam seruan Pendeta Terry Jones pada tahun lalu, yang menyeru untuk membakar al-Quran bertepatan dengan amaran kesembilan serangan 11 September 2001 di Amerika. Blair menyerukan untuk "baca al-Quran daripada membakarnya."

Blair mengatakan bahawa "Aktiviti yang dilakukannya melalui Yayasan Keagamaan Tony Blair telah tumbuh dari keimanan dirinya akan pentingnya memperkaya kehidupan secara lebih luas dengan belajar lebih banyak tentang kepercayaan orang lain, dan belajar banyak dari agama mereka, walaupun ada perbezaan."

Demikianlah, jika seorang tokoh Barat saja membaca al-Quran dan berusaha untuk memahami isinya, lalu sungguh teramat memalukan bila kaum Muslim enggan untuk membaca, mempelajari dan memahami al-Quran.

Sudah sampai saatnya untuk kaum Muslim kembali kepada Al-Quran dan memahami Islam secara sempurna, maka nescaya Islam sebagai rahmat lil 'alamin akan kembali tampat secara terang. Insya Allah, di bawah naungan Khilafah, Islam akan kembali berjaya. Semakin dekat! (diterjemah dari syabab.com)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template