Friday, June 17, 2011

Timbalan Inspektor Jeneral Jamal Hakroush seorang polis Israel beragama Islam


HHRS 2.0 - Timbalan Inspektor Jeneral Jamal Hakroush pada hari Rabu (15 / 6) menjadi polis Muslim pertama yang naikkan pangkat atasan barisan polis Israel. Baru-baru ini beliau dicalonkan menjadi wakil Ketua Jabatan Lalu Lintas.

"Ini kedudukan yang telah saya tunggu, dan menawarkan banyak cabaran," kata Hakroush kepada Ynet dalam sebuah wawancara. "Saya bangga polis Israel memilih saya berdasarkan kelayakan saya."

Beliau menambah, "Agama saya dan asal usul saya adalah fakta yang tidak boleh abaikan, tapi saya tidak pernah, selama bertahun-tahun dalam perkhidmatan saya, merasa mengalami diskriminasi atau terluka oleh tindakan seperti itu."

Hakroush mengatakan kampungnya di Kfar Kana telah menawarkan banyak sokongan. "Orang-orang dari seluruh desa menelefon untuk memberi selamat pada saya," katanya. "Saya harap saya dapat membuka jalan bagi orang lain, juga."

Hakroush mulai menjadi di polis Israel pada tahun 1978. Dia sebelumnya menjawat jawatan sebagai komandan daerah serta komander tiga stesen polis. "Saya bangga menjadi Muslim pertama yang membawa pangkat timbalan Inspektor jeneral polis di Israel," katanya Jamal Hakroush. (diterjemah dari eramuslim)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template