Wednesday, June 1, 2011

Tarif elektrik naik: Najib enggan akui pengurusan negara yang bobrok


Keadilandaily -  Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan atau perubahan tarif elektrik tidak sesekali membebankan rakyat disifatkan sebagai satu pandangan dangkal dan tidak berasas.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Abdul Rahman Yusuf berkata, hakikatnya, Najib enggan mengakui bahawa ketirisan, pembaziran dan amalan rasuah, menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban ekonomi.
“Keadaan ekonomi akibat pembaziran ketirisan dan rasuah, tidak dapat ditampung oleh pengurusan kewangan negara. Jadi kerajaan terpaksa mengambil duit rakyat menampung pengurusan kewangan yang bobrok,” ujarnya yang juga Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tegasnya lagi, kerajaan juga lebih suka melindungi kroni atau syarikat korporat besar seperti Pengeluar Tenaga Bebas/Swasta (IPP) yang menerima subsidi sehingga mencecah RM22 bilion setahun.
“Najib sebenarnya mahu melarikan persoalan mengenai keboborokan pengurusan kewangan negara seperti ketirisan sebanyak RM28 bilion yang didedahkan kepada Ketua Audit Negara dan subsidi RM22 bilion kepada syarikat IPP.
“Sepatutnya kerajaan memotong ketirisan, memotong subsidi korporat sebelum mengalihkan beban kepada rakyat dan menjejaskan kehidupan rakyat.,” katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri yang disiarkan media hari ini.
Dalam pada itu, beliau kesal apabila Najib juga enggan mengakui bahawa kenaikan tarif  elektrik  akan memberi kesan kepada peningkatan harga barang dan makanan.
“Orang-orang kaya macam dia sahaja yang tidak akan terbeban. Tetapi bila kenaikan ini berlaku beban adalah kepada rakyat sebab seluruh industri yang menggunakan tenaga elektrik akan memindahkan kos mereka kepada pengguna.
“Kos ini akan dipindahkan kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban apabila harga barang naik, sedangkan gaji rakyat pula tidak naik” katanya kepada Keadilandaily.com.
Katanya, keadaan itu semakin membimbangkan apabila statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Makanan Dan Pertanian, Pertubuhan Makanan dan pertanian, Bangsa Bangsa Bersatu menunjukkan harga makanan di negara ini meningkat sehingga 30 peratus.
Tambah beliau, meskipun kerajaan memberi alasan mampu  mengawal kenaikan harga barang kawalan bagi meredakan inflasi, namun kerajaan tidak mempunyai mekanisme yang jelas untuk menghalang kenaikan harga barang keperluan lain.
Pada masa yang sama, kerajaan pula katanya, membanding kan kadar tenaga elektrik dengan negara  seperti China yang dikatakan juga meningkat sebanyak 3 peratus.
“Meskipun meningkat tapi tarif elktrik di China masih dikira rendah sepertimana di Thailand dan tidak kenaikan tidak sehingga 7 peratus seperti di Malaysia.
“Kerajaan tidak pula membandingkan negara-negara lain seperti Sweden yang memberikan kos yang cukup rendah untuk keperluan harian rakyatnya,” katanya.

1 comments:

Anonymous said...

alasan bodoh seorang pemimpin ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template