Saturday, June 4, 2011

Sumpit Dayak lebih ditakuti daripada peluru



Pada zaman penjajahan di Kalimantan dahulu kala, askar Belanda bersenjatakan senapang dengan teknologi terkini pada masanya, sementara askar Dayak umumnya hanya menggunakan sumpit. Akan tetapi, tentera Belanda ternyata jauh lebih takut terkena anak sumpit berbanding askar Dayak diterjang peluru.

Yang membuat pihak penjajah gentar itu adalah anak sumpit yang beracun. Sebelum berangkat ke medan laga, askar Dayak menyapu mata anak penyepit dengan getah pohon Ipuh atau pohon iren. Dalam senyap, mereka beraksi melepaskan anak sumpit yang disebut damek.


"Makanya, tidak hairan jika penjajah Belanda berkata, aabila menghadapi pahlawan Dayak itu seperti melawan hantu," kata Pembina Komuniti TARANTANG Petak Belanga, Chendana Putra, di Palangkaraya, Kalimantan Tengah, Kamis (2/6/2011).


Tanpa tahu kewujudan lawannya, tiba-tiba saja satu per satu askar Belanda terkapar, membuat rakan mereka yang masih hidup lari lintang pukang. Walaupun sempat membalas dengan tembakan, kesan timah panas ternyata jauh tidak setanding dengan dahsyatnya anak sumpit beracun.


Tidak sampai lima minit selepas tertancap anak sumpit pada bahagian tubuh mana pun, para askar Belanda akan mula kejang dan mati. Bahkan, boleh jadi dalam beberapa ketika sahaja mereka sudah tidak bernyawa. Jika pahlawan Dayak tertembak dan bukan pada bahagian yang penting, peluru dikeluarkan. Setelah dirawat beberapa minggu, mereka masih mampu kembali untuk berperang.


Penguasaan medan tempur yang dimiliki pahlawan Dayak sebagai warga tempatan tentu amat menyokong pergerakan mereka di hutan rimba.


"Oleh itu, pengaruh penjajahan Belanda di Kalimantan umumnya hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja tetepi tidak di pedalaman," kata Chendana.


Tidak hanya di medan pertempuran, sumpit juga sangat berkesan apabila akiviti memburu. Haiwan-haiwan besar akan dilumpuhkan dalam masa yang singkat. Rusa, biawak, atau babi hutan tak akan boleh lari jauh. "Apalagi, tupai, ayam hutan, atau monyet, lebih cepat lagi," katanya.


Bahagian tubuh yang terkena sumpitan hanya perlu dibuang sedikit kerana rasanya pahit. Uniknya, haiwan tersebutselamat untuk dimakan. "Mereka yang makan daging buruan tidak akan sakit atau keracunan," kata Chendana.


Baik haiwan mahupun manusia, selepas tertancap anak sumpit hanya boleh berlari sambil terkencing-kencing.


"Bukan sekadar istilah, kesan itu memang nyata secara harfiah. Manusia atau binatang yang kena sumpitan biasanya akan mengalami kejang serta mengeluarkan kotoran mati," tambah Chendana. (diterjemah dari kompas.com)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template