Saturday, June 18, 2011

Subhanallah: Rahsia pembinaan Piramid Firaun terdapat dalam Al-Quran



HHRS 2.0 - Sejak sekian lama para pengkaji masih bingung bagaimana cara sebuah piramid dibina. Ini kerana teknologi mengangkat batu-batu besar yang boleh mencapai ribuan kilogram di angkat ke puncak-puncak bangunan belum ditemui di zaman itu. Apa rahsia di sebalik pembangunan piramid ini?


Jika dipahami lebih dalam, ternyata Al-quran telah mengungkapkan hal ini dari beberapa ayat-ayat yang Allah firmankan;

“Dan berkata Fir'aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang Tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta." (Al-Qashash:38)
Ayat ini menunjukkan rahsia dari teknologi pembinaan yang digunakan untuk bangunan tinggi sebuah monumen seperti disebutkan "binalah untukku bangunan yang Tinggi". Teknik ini berdasarkan pada lumpur dan panas seperti dalam ayat: "Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat!"

Subhanallah! Ada bukti yang menunjukkan bahawa patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun Romania dan yang lain juga dibina dari tanah liat! Dapat dikatakan: bahawa keajaiban Al-Quran menunjukkan cara untuk membina bangunan-bangunan dari tanah liat dan ini yang tidak diketahui pada masa turunnya Al-Quran hingga zaman moden ini.

Siapa yang memberitahu kepada Nabi saw tentang berita ini?

Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para saintis Amerika dan Perancis. 

Persoalannya adalah:

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimana Nabi saw sebelum 1400 tahun yang lalu memberitahu bahawa Firaun menggunakan tanah liat dan panas untuk membina monumen ...
Ayat ini sangat jelas dan kuat membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah membawa apa-apa dari padanya tetapi Allah yang mencipta Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa ... Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya pada zaman moden ini!!


Subhanallah! Ambillah pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai akal. 




Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibina dari dua jenis batu: batu semulajadi dan batu-batu yang dibuat secara manual dari tanah liat. 

Dan dalam kajian yang diterbitkan oleh majalah "Journal of American Ceramic Society" menegaskan bahawa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sementara untuk dasarnya, Firaun menggunakan batu semulajadi.
Piramid, dan lumpur yang sudah diproses mengikut saiz yang dikehendaki dibakar untuk diletakkan di tempat yang paling tinggi. Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur di tungku api yang dipanaskan dengan wap air garam dan berjaya membuat wap air sehingga membentuk campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut dan mencari jejak reaksi segera yang menegaskan bahawa batu tersebut diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu membezakan antara batu semulajadi dan batu buatan. 

Dengan kaedah pembuatan batu besar melalui cara ini, pembuat batu memerlukan masa sepuluh hari hingga sama dengan batu asalnya.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari rahsia di balik pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Beliau berkata, "Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang saya baru yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat."
Selama ini, saintis hanya mempunyai jawapan yang fiktif soal cara membina piramid Firaun. Bagaimana mengangkat batu-batu besar yang jumlahnya mencapai 2.8 juta batu. Waktu itu, mereka menyatakan secara fiktif bahawa orang Mesir kuno memiliki kemampuan mengangkat berjuta-juta batu yang beratnya sekitar lima atau enam ribu kilogram!
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits soal batu-batu piramid yang ternyata terbuat dari lumpur ini memakan masa kira-kira dua puluh tahun.
(diterjemah dari globalmuslim)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template