Wednesday, June 29, 2011

Saya tak ‘hadap’ duit mereka- Johari Abdul

Keadilandaily - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mengulangi ketegasannya bahawa beliau tidak pernah meminta wang daripada  Trio Datuk T, yang menayangkan rakaman video seks mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebuah blog pro Umno- Papagomo hari ini menyiarkan klip video ketika Johari dipertontonkan video seks itu di Hotel Carcosa Seri Negara, Mac lalu.
Blog itu mendakwa Johari meminta wang RM100 ribu sebagai wang pelincir dan RM1 juta lagi bagi setiap ahli parlimen yang berjaya dipujuknya menonton video berkenaan.
Namun rakaman itu tidak menunjukkan Johari berbuat demikian sebaliknya  hanya menyiarkan klip video yang memaparkan Johari menonton video tersebut dengan tiga individu iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari Perkasa Datuk Shuaib Abdul Lazim.
“Kalau saya betul nak minta Rahim, saya mintak RM100 juta bukan RM1juta. Amatlah bodoh kalau saya nak mintak duit daripada mereka. Saya tak hadap duit mereka,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Sebaliknya kata Johari,  Rahim Tamby Chik ada menawarkannya untuk menyertai Umno, namun beliau menolaknya.
“Rahim pernah offer, masuk balik UMNO tapi saya tak nak sebab saya tahu semuanya menipu.
“(Dakwaan) Itu semua pembohongan, kenapa sekarang baru nak bangkitkan? Banyak sidang media yang telah saya buat untuk menafikan lelaki dalam video itu adalah anwar,” tegasnya.
Ketika ditanya mengapa beliau kelihatan ketawa sepanjang klip rakaman selama 2 minit itu, Johari berkata, ia kerana beliau yakin individu dalam video seks yang ditunjukkan bukan Anwar.
“Saya gelak tak semestinya kata itu Anwar. Tak kan saya nak bertumbuk dengan mereka sewaktu tengok video tu? Memanglah saya gelak kalau dah tengok video 23 minit orang bertelanjang,” katanya berseloroh.
Johari merupakan satu-satunya Ahli Parlimen KEADILAN yang dibawa menonton video seks berkenaan pada 21 Mac lalu oleh trio berkenaan, namun menafikan sekeras-kerasnya lelaki dalam video itu adalah Anwar.
Pada 24 Mac, beliau menafikan  meminta sogokan wang untuk melompat parti dan mengkhianati perjuangan KEADILAN seperti dakwaan salah seorang dalang video seks berkenaan, Shazryl Eskay.
Katanya, beliau langsung tidak pernah membincangkan soal wang sewaktu menonton video itu kerana maklum kemungkinan diperangkap dengan alat perakam dalam bilik hotel berkenaan.

1 comments:

Anonymous said...

kalu PG tuduh hang mcm tu....
tak kan hang nak diam kot johari ???!!!.......
hang ajaq laa depa balik..........

kah kah kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template