Friday, June 10, 2011

RM 6 juta bantuan pendidikan VS RM 6 juta belanja ubah suai banglo



Selangor Beri RM6 Juta Bantuan Pendidikan
Thursday, 09 June 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 9 JUN - Kerajaan Negeri Selangor mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Fasa Pertama 2011 sebanyak lebih RM6 juta untuk tiga kategori sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor.
Majlis penyampaian itu diserahkan melalui Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat di kesemua 56 DUN Selangor untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat di setiap kawasan masing-masing.
Dr Halimah Ali yang ditemui pada majlis tersebut turut menyarankan supaya Adun-Adun dan Pusat Khidmat Masyarakat dapat menyampaikan maklumat berhubung peruntukan tersebut sekali gus membantu menguruskan permohonan itu.

Rasuah Khir : RM6 Juta Dibayar Tunai Ubah Suai Banglo

Thursday, 09 June 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM 9 JUN – Mantan Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo membayar tunai RM6 juta untuk mengubah suai banglo mewah miliknya pada tahun 2007, Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu hari ini.
Pereka laman Nasir Ismail yang menjalankan projek itu yang dicanang sebagai Istana Khir, memberitahu bahawa mantan Menteri Besar Selangor itu membayar beliau secara ansuran empat atau lima kali dengan cek-cek setiap satu berjumlah RM500,000.
Banglo itu diubah suai dengan tema Bali, tambah Nasir dalam perbicaraan rasuah Khir Toyo yang masuk hari ke dua hari ini.
Khir Toyo didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada syarikat Ditamas menerusi pengarahnya Shamsuddin Hayroni.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template