Sunday, June 26, 2011

Rancangan rahsia Israel untuk gagalkan negara Palestin merdeka pada september ini


HHRS 2.0 - Rejim Zionis Israel mulai menunjuk kekuatannya untuk menggagalkan usaha Palestin mendapatkan pengakuan dari PBB sebagai negara merdeka yang berdaulat pada bulan September akan datang.

Laman berita Israel Haaretz menyebutkan, Ketua Pengarah Kementerian Luar Negeri Israel Rafael Barak dan para menteri yang mengetuai jabatan kerajaan, beberapa minggu terakhir sudah menghantar mesej kabel ke kedutaan Israel di seluruh dunia agar para diplomat Israel menempuh cara apapun untuk menggagalkan pengakuan terhadap penubuhan negara Palestin .

Sebelumnya, Kementerian Luar Negeri Israel sudah memerintahkan seluruh diplomatnya yang bertugas di luar negeri untuk menunda semua rancangan perjalanan yang sudah dirancang pada bulan September mendatang.

Dalam mesej kabel itu, kerajaan Israel mengarahkan para diplomatnya untuk melobi para pegawai tinggi negara tempat mereka bertugas, menggalang sokongan dari komuniti Yahudi, menjalankan propaganda melalu media untuk membentuk pandangan dunia agar menolak memberikan pengiktirafan pada penubuhan negara Palestin.

Jika perlu, para diplomat Israel boleh meminta kedatangan akan pegawai tinggi kerajaan dari Israel untuk membantu propaganda itu.

"Tujuan yang sudah kami tentukan adalah, mencapai jumlah semaksima mungkin negara-negara yang akan menentang proses yang akan berlangsung di PBB berkaitan pengakuan terhadap penubuhan negara Palestin," kata Barak dalam mesej kabel pada seluruh duta besar Israel di dunia.

"Usaha Palestin untuk mendapatkan pengakuan sebagai negara, harus disebut sebagai sebuah proses yang akan mengikis legitimasi negara Israel. Targetnya, anda (duta besar Israel) perlu membuat negara anda bertugas, menolak mengakui penubuhan negara Palestin," demikian isi mesej kabel bertarikh 2 Jun 2011.

Dalam mesej kabel itu, Barak juga memaklumkan tentang pembentukan "Forum September", sebuah pasukan yang akan menganalisa gerakan-gerakan yang akan dilakukan Palestin di PBB dan pilihan untuk menggagalkan proses pengakuan negara Palestin di PBB, dengan mengerahkan kemampuan diplomatik, diplomasi awam termasuk media massa .

Untuk itu, para diplomat dan duta besar Israel di seluruh dunia, wajib memberikan laporan tentang usaha yang telah mereka lakukan di negara tempat mereka bertugas pada pasukan "Forum September" setiap seminggu sekali. (diterjemah dari g/m)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template