Saturday, June 4, 2011

Rahsia orang yahudi yang panjang umur


HHRS 2.0 - Para saintis akan mengkaji sel punca orang Yahudi yang memiliki garis keturunan Eropah Timur untuk menyiasat rahsia panjang umur mereka yang kebanyakan berusia lebih dari 100 tahun walaupun mereka mengambil alkohol, makanan berlemak, dan merokok.

Untuk mencapai tujuan tersebut, para saintis di Cornell Medical College, New York, Amerika Syarikat, akan mempelajari sel punca sedozen Yahudi Ashkenazi yang pernah mengalami penganiayaan berat, yang berasal dari Rusia. Penyelidikan sel punca akan dilakukan pada sel jantung, paru-paru, hati, dan sel lain.

Dr Todd Evans, saintis yang mengetuai kajian itu, mengakui kekagumannya terhadap "sel panjang umur" yang boleh mengelakkan serangan jantung, kanser, dan penyakit yang mengancam kesihatan yang lain. Padahal, "Mereka panjang umur bukan kerana menjalani gaya hidup sihat," katanya. Beliau yakin kekebalan itu berkaitan dengan sel punca.

Dr Evans bersama pasukannya akan mengekstrak sel punca dari darah orang Yahudi yang sudah lanjut usia. Kemudian mereka akan mengubahnya menjadi sel organ vital yang akan memanfaatkan sel sihat tersebut. Sel itu nantinya akan menjalani stres ujian yang dilanjutkan dengan pemerhatian secara teliti. Keputusan ujian ini masih memerlukan waktu cukup lama untuk dikaji dengan hati-hati hingga sebuah kesimpulan semua. Meskipun begitu, kajian ini boleh menjadi awal untuk mengungkap rahsia panjang umur. (diterjemah dari kompas)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template