Monday, June 20, 2011

Rabi Yahudi rejam anjing !



HHRS 2.0 - Akidah pelik para rabi Israel. Seekor anjing liar diyakini sebagai penjelmaan semula peguam sekular yang mati 20 tahun lalu. Akibatnya, undang-undang rejam yang dilakukan terhadap seekor anjing yang diyakini penjelmaan semula. Tindakan para rabi Israel dikecam oleh NGO Let Animals Live.

Meskipun anjing merupakan haiwan yang dianggap suci oleh penganut Yahudi, tapi Mahkamah agama di Israel menjatuhkan hukuman rejam dilempar batu hingga mati terhadap seekor anjing.

Keputusan itu dikeluarkan para rabi Yahudi yang berpendapat anjing liar itu merupakan penjelmaan semula seorang peguam yang kerap menghina seorang hakim di mahkamah.

Laporan laman Ynet di Israel menulis anjing itu ditemui berkeliaran di persekitaran pejabat mahkamah kewangan Jerusalem beberapa minggu lalu.

Kewujudan anjing ini membuat seorang hakim teringat kejadian 20 tahun lalu, ketika seorang peguam sekular dikutuk hakim gara-gara kerap menghina hakim. "Kamu akan masuk ke tubuh seekor anjing, jika sudah meninggal," begitu kutukan hakim dalam BBC, (18/6/2011). Tidak lama selepas kutukan itu pun si peguam tersebut mati.

.... Anda akan masuk ke tubuh seekor anjing, jika sudah meninggal, kutuk Hakim ....

Inilah yang menyebabkan para rabi Yahudi bertekad menangkap anjing sekaligus menghukumnya. Namun ketika direjam, anjing itu melarikan diri dari bangunan mahkamah kewangan.

NGO yang berkaitan Let Animals Live mengecam tindakan tersebut dan melaporkan kejadian yang melibatkan pegawai mahkamah itu kepada polis.

Namun Ketua mahkamah itu, Rabi Avraham Dov Levin membantah hakim-hakimnya menjatuhkan hukuman rejam walaupun banyak saksi yang membenarkan peristiwa ini. ( diterjemah dari voa-islam)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template