Saturday, June 4, 2011

Pun masih tidak boleh tutup mulut pencacai

Husam sedia SPRM semak akaun

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Datuk Husam Musa (gambar) bersedia pada bila-bila masa sekiranya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menyiasat atau menyemak akaunnya.

Beliau yang ditemui selepas selesai menjalani tanggungjawab sebagai pengundi untuk pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 petang tadi  bagaimana pun menjadikan isu tersebut sebagai sendaan sewaktu ditanya oleh pihak media.

Menurut Husam tidak logik untuk beliau memberikan 350 ribu ringgit terhadap seorang blogger, Kickdefella atau  dikenali dengan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai membantunya untuk menang dalam pemilihan muktamar kali ini.

Beliau juga menyifatkan blogger milik Umno dan akhbar Utusan ini semakin lantang dan berani melemparkan fitnah secara terbuka kepadanya dan mungkin juga pada ahli PAS yang lain.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali telah menyiasat sendiri pekara ini dan mendapati dakwaan tersebut adalah tidak benar.

"Saya juga berasa hairan terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu," jelas beliau dalam kedaan bersahaja.

Ditanya mengenai tindakan beliau mengenai pekara tersebut, beliau hanya menyifatkan Syed Azidi Syed Abdul Aziz adalah orang yang tidak tahu undang-undang yang boleh dikenakan kepadanya.

Beliau tidak akan membuat apa-apa tindakan buat masa ini yang mungkin sibuk dengan muktamar dan urusan kerajaan negeri selepas pulang dari India.

Serah pada perwakilan

Sementara itu, ditanya mengenai pemilihan muktamar pada kali ini bagi jawatan Naib Presiden PAS beliau hanya tersenyum dan menyerah kepada perwakilan untuk menentukan pemilihan.

"Saya lihat perwakilan yang hadir bijak menentukan pemilihan pada kali ini, justeru itu saya hanya mampu menunggu keputusan pada keesokan harinya.

"Dari dulu lagi, pekara semacam ini yang kita lihat dalam muktamar PAS sebelum ini yang langsung tidak menyerupai Umno yang berebut kuasa dan nama," kata beliau lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template