Saturday, June 18, 2011

Penurunan aktiviti matahari, tahun 2013 bumi diramal masuki era Little Ice Age


HHRS 2.0 - Bumi dijangka akan masuki era 'Little Ice Age' atau zaman ais baru pada tahun 2013 akibat rendahnya aktiviti matahari, demikian yang diungkapkan para penyelidik.

Fenomena Aktiviti bintik pada matahari, yang diikuti kitaran setiap tahunan, akan mencapai puncaknya pada tahun 2013, setelah itu akan mulai sedikit berkurang. Tapi astronomi berfikir kenaikan seterusnya akan kurang intensif dari normal, atau boleh gagal terjadi sama sekali.

Dilaporkan melalui Telegraph, selama beberapa dekad, Eropah menghadapi musim sejuk yang luar biasa dan dan kemudian diramalkan masuki era 'Little Ice Age'. Meskipun tidak ada bukti konklusif yang saling mempengaruhi satu sama lain, banyak saintis mempercayai hal itu.

Bintik matahari adalah lubang kecil gelap di permukaan matahari, yang disebabkan oleh kawasan kecil dari aktiviti magnetik kuat yang mengganggu aliran normal gas yang dipanaskan. (diterjemah dari sayaberitahu)

Ketika ada bintik matahari yang lebih besar, secara keseluruhan hasil dari matahari yang disebut radiasi matahari total atau total solar irradiance (TSI) yang juga tinggi.

Frank Hill, dari National Solar Observatory di New Mexico, yang bekerja pada salah satu kajian, berkata, "Fakta bahawa ada tiga baris yang berasingan dari semua bukti menunjuk ke arah yang sama dan sangat menarik."

Tapi Joanna Haigh profesor fizik atmosfera di Imperial College London, mengatakan, "Pemanasan global boleh menimpa kesan penyejukan pada iklim bumi."

Selama waktu itu suhu di barat laut Eropah hampir 1 darjah celcius lebih rendah daripada normal, dan sekitar 0.5 darjah celcius lebih rendah daripada rata-rata suhu global.

Namun, ia mengingatkan kita, "Bahkan jika ramalan benar, kesan pemanasan global akan melampaui kemampuan matahari untuk menyejukkan bahkan dalam senario yang paling sejuk. Dan dalam hal apapun, kesan pendinginan hanya berlaku sementara. Ketika aktiviti matahari kembali normal, maka gas rumah hijau tetap ada, "katanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template