Monday, June 13, 2011

PEMUDA DEKATI ANAK MUDA CHOW KIT DAN 'UNDERGROUND'

Semalam Ketua dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hj Hasan berkesempatan bersama dengan anak-anak muda Chow Kit di Jalan Tunku Abd Rahman dan bertemu dengan kumpulan underground di One Cafe, Jalan Tunku Abd Rahman..

Program yang di bertemakan "Chow Kit Kita" yang di anjurkan oleh anak-anak muda dan aktivis di sekitar Chow Kit dan Kuala Lumpur telah mengadakan berberapa aktiviti seperti pameran, menyanyi bersama, jualan baju dan lain-lain lagi. Beberapa orang pesrta pgram agak terkejut dan gembira dengan kehadiran Ust nasrudin dan sempat bergambar bersama-sama beliau dan rombongan.

Selepas itu, rombongan pemuda PAS  menjenguk kumpulan underground yang sedang mengadakan konsert mereka berhampiran situ. Anak-anak Muda Underground dan punk yang pada mulanya agak rimas dengan kehadiran ketua pemuda yang memakai kopiah itu, akhirnya serasi dan biasa dengan penampilan ketua pemuda itu.

Selain bersama-sama mengambil gambar, Ustaz Nasrudin jugak di beri peluang masuk ke dalam dewan konsert yang gelap, yang hanya disuluh oleh lampu neon yang bersimpang siur serta di santap dengan muzik-muzik punk dan underground.

Turut Hadir, Khairul Faizi Ahmad Kamil (setiausaha), Kamaruzaman Mohamad (exco), YB firdaus jaafar (exco), Zamri As'ad Khuzaimi (exco), suhaimi abd aziz (Timb ketua Pemuda Wilayah Persekutuan), Nurul Islam (Setiausaha DPPWP) dan Herman Samdudeen (Ketua Penerangan DPPWP)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template