Sunday, June 26, 2011

Pakai t-shirt Bersih tulisan jawi, 5 Pemuda PAS ditahan polis


HHRS 2.0 - INI SENJATA YANG SANGAT BAHAYA. SAMA LAVEL DENGAN SENJATA PEMUSNAH BESAR-BESARAN YANG PERNAH DICLAIM OLEH AS TERHADAP IRAQ. IA BOLEH MENYEBABKAN RADIASI TERHADAP UMNO. KESAN KECACATAN KUASA DAN WANG SEUMUR HIDUP SERTA BOLEH MENYEBABKAN PELARIAN UNTUK BEBERAPA GANERASI
Keadilandaily - Ketua Pemuda PAS Ampang, Fadzlul Rahimi bersama empat anggotanya ditangkap polis di Masjid Taman Kosas kira-kira 11 pagi tadi, kerana memakai t-shirt Bersih 2.0 dalam tulisan jawi.
Bercakap kepada KeadilanDaily, ahli Unit Amal PAS Ampang, Israq Ismail berkata, tangkapan dibuat ketika Fadzlul bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz sedang mengadakan program sempena Konvoi Belia DUN Lembah Jaya.
“Turut ditahan ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Ampang, Shahril Suhaimi, Setiausaha Pemuda PAS Ampang, Engku Faizan Engku Husin dan dua Unit amal iaitu Satullah Azam dan Adha Yusof.
“Mereka kini berada di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang. Alasan tangkapan ialah kelima-limanya berpakaian kuning dan tertera perkataan Bersih dalam tulisan Jawi,” katanya.
Tangkapan itu menggambarkan ketakutan Umno Barisan Nasional (BN) terhadap Gelombang Kuning melalui Himpunan Bersih 2.0, dengan memperalatkan polis. Sebelum ini, Beberapa pemimpin dan ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK) turut ditahan atas alasan sama.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template