Saturday, June 4, 2011

Osama ditembak dengan peluru berlapis minyak babi


HHRS 2.0 - Sebuah syarikat pembuat minyak peluru di Amerika Syarikat (AS) membetitahu bahawa peluru yang berlapiskan minyak babi, telah menyebabkan tewasnya Osama bin Laden dalam serangan yang dilakukan pasukan AS 2 Mei lalu.

Pembuat cecair peluru Silver Bullet Gun Oil mendakwa bahawa peluru tersebut mengandungi lemak babi yang dicairkan sebanyak 13 peratus. Cecair peluru ini dianggap syarikat tersebut, ampuh melumpuhkan pengganas Muslim dengan kekuataan berganda.

Pemilik cecair peluru yang mengaku bernama The Midnight Rider, menjelaskan bahawa lemak babi tersebut akan menyentuh apa pun yang diserang oleh peluru berlapis minyak babi itu.

"(Peluru berlapis minyak babi) ini berkesan menyebabkan para pengganas Muslim ditolak masuk ke dalam Syurga," ungkap Rider seperti dikutip Daily Mail, Jumat (3/6/2011).

Peluru berharga USD8 ini sepertinya memang ditakuti oleh para pengganas, mengingat babi amatlah dilarang dalam Islam.

"Ribuan botol minyak Silver Bullet Gun Oil sudah diedarkan sejak Julai 2004 lalu. Seluruh peluru ini sudah digunakan oleh semua kesatuan tentera AS," lanjut Rider.

Dalam video promosi untuk minyak babi ini, juga menggunakan gambar Osama bin Laden dan tuntutan yang menyebutkan bahawa pemimpin rangkaian pengganas Al-Qaeda tersebut terbunuh oleh peluru yang berlapiskan minyak babi dari Silver Bullet Gun Oil. (diterjemah dari konspirasi.com)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template