Sunday, June 26, 2011

Orang lelaki turun beramai-ramai pada 9 Julai. Jangan dimalukan oleh awek cun ini


HHRS 2.0 - Jika anda lelaki, anda patut malu dengan semangat awek cun ini. Baca kata-kata semangat Asmaa Mahfouz srikandi revolusi Mesir yang telah membebaskan Mesir dari cengkaman diktator Mubarak selama 30 tahun.
“Kalau ada kaum perempuan tidak ikut protes kerana mereka akan kena pukul, biarkan lelaki yang menunjukkan kehormatan dan martabatnya dengan bergabung dengan saya.
“Jika anda lelaki terhormat, anda perlu datang, melindungi kami dan kaum perempuan semasa protes. Kalau anda hanya diam di rumah, anda akan merasa menyesal pada negara dan rakyat. Anda bertanggung jawab atas apa yang akan terjadi pada kami di jalan ketika anda cuma duduk saja di rumah,” 


Penduduk Alor Star tekun mengikuti ucapan Anwar mengenai kepentingan Bersih 2.0
kEADILANDAILY - Lebih 5,000 orang membanjiri Markas Pas Pokok Sena di sini, bagi mengikuti perkembangan terbaru dari pimpinan Pakatan Rakyat mengenai program Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai ini.
Kehadiran rakyat yang bilangannya luar biasa itu, sekaligus memberi gambaran betapa sambutan rakyat terhadap seruan menyertai Himpunan Bersih 2.0, sangat menggalakkan.
Apatah lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pidatonya bijak membakar semangat hadirin dengan mengingatkan rakyat supaya terus yakin dengan perjuangan menuntut perubahan kerana ia asas paling utama dalam melawan pemerintah zalim.
“Kita ada keyakinan, kita menang. Hilang keyakinan, kita kalah,” kata Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang itu.

Umno khianati amanah rakyat - Mahfuz
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang berucap dalam loghat pekat utara turut mencuri tumpuan apabila mengibarat pemimpin yang mengkhianati kepercayaan rakyat sebagai ‘jebon yang menjaga law ayam’ (musang yang menjaga reban ayam).
“Jangankan ayam, dengan law sekali jebon ini nak kekah,” katanya, penuh semangat.
Ketua Pemuda Pas kawasan Pokok Sena, Ustaz Izzat Shauki pula mencabar semua hadirin lelaki untuk turun ke Kuala Lumpur 9 Julai ini jika benar-benar anak jantan.
“Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga, seorang perempuan pun turun ke jalan raya. Jadi, kalau saudara-saudara yang lelaki tak berani turut sama berhimpun, malulah kepada orang perempuan” katanya

Sokongan rakyat terhadap tuntutan Bersih semakin meluas
Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad bin Kassim turut mengingatkan rakyat bahawa prinsip pengasingan kuasa antara pentadbiran, perundangan dan kehakiman perlu dititik berat agar kuasa tidak berpusat kepada Perdana Menteri semata-mata.
“Kalau dah campur jadi macam rojak, ada masalah. Justeru, tuntutan Bersih adalah sebahagian usaha memperbetul keadaan ini,” katanya.
Ceramah berakhir kira-kira jam 12 tengah malam dengan ribuan hadirin yang mengikuti amanat pimpinan beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing, dengan tekad untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0.
Di wajah mereka, terpapar semangat untuk berhimpun di Kuala Lumpur 9 Julai ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template