Saturday, June 25, 2011

Mereka akan langgar apa saja demi UMNO/BN


HHRS 2.0 - Mereka langgar, mereka tangkap, mereka tempuh, mereka sembur, mereka mengebom asap, apa saja boleh dikerjakan demi UMNO/BN tercinta. Mulut rakyat perlu ditutup. Rakyat dilarang bersuara. Keadilan adalah sampah di negara ini. Penegak keadilan adalah tingkah laku yang haram. Perasuah adalah sah. Merompak wang rakyat adalah sah.


‘Larangan Polis Tidak Sah, Langgar Perlembagaan’
Selangorkini – Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis melarang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.
“Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.
“Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.
Abdul Aziz  menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.
Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.
Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.
Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.
“Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya,” kata pensyarah undang-undang itu.

1 comments:

Blog 1 Malaysia on June 25, 2011 at 5:54 PM said...

Yang buruk, langgar saja..








-------------------------------------------------------------------
Siapa Rosakkan Rakyat? - TV Porno boleh. Akhbar Porno boleh. Perhimpunan Bersih tak boleh - Memang pemimpin2 BN bodoh dan tolol2
http://facebook-1malaysia.blogspot.com/
http://blog1malaysia.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template