Monday, June 27, 2011

MEMBOTAKKAN PELATIH WANITA; MENJATUHKAN MARUAH WANITA

HHRS 2.0 -  Manakala memakai baju berwarna kuning menjatuhkan maruah UMNO/BN.

mencemarkan agama Islam
KUALA TERENGGANU - PAS menggesa pihak berkuasa Agama mengambil tindakan segera membetulkan kesilapan yang berlaku dalam kerajaan Umno dan Barisan Nasional agar menghormati batas-batas agama khususnya dasar-dasar yang berkaitan dengan wanita.

Menurut Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, ia adalah satu keperluan membetulkan suasana yang berlaku bagi menghormati kaum 'Hawa' dan warga Malaysia seluruhnya.

Katanya, kes membotakkan kepala pelatih wanita dan menyamakannya dengan pelatih lelaki adalah tidak adil dan tidak menghormati keturunan.

"Tentang pelatih (wanita) di (Pusat Latihan Bomba) Wakaf Tapai (Terengganu), kes yang berlaku itu tidak menggambarkan sistem yang ada dalam negara ini tentang tidak menggambarkan keadilan dan menghormati keturunan,"jelasnya.


Beliau berkata demikian pada Sabtu,  25 Jun, dalam mengulas isu tersebut, ketika ditemui pada program 'Retreat' Pemuda PAS Malaysia, yang didakan di sebuah hotel disini.

Katanya, tindakan memotong rambut pelatih wanita dan menyamakannya dengan pelatih lelaki ia menjatuhkan maruah wanita, mencemarkan agama Islam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menempelak tindakan tersebut.

Menurutnya, kejadian itu menunjukkan sikap pemimpin Umno yang 'cakap tak serupa bikin'.

"selama ini Umno bercakap dia nak memperjuangkan agama tapi pada waktu yang sama ini gambaran bahawa sikap pemimpin Umno yang tidak mencerminkan sikap pemimpin Islam.

"Kita (PAS) desak pihak (berkuasa) agama supaya bersegera membuat tindakan membetulkan suasana yang ada untuk menghormati kaum Hawa dan seluruh warga Malaysia."tegasnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template