Monday, June 20, 2011

Makanan KOTOR boleh sembuhkan penyakit (tiada kaitan dengan KOTOR PERKASA)


HHRS 2.0 - Awas, makanan kotor menimbulkan penyakit! Sepertinya ungkapan tersebut tidak akan berlaku lagi kerana menurut satu kajian, kotoran mungkin juga diperlukan kerana memberikan nutrisi tambahan bagi manusia. Bagaimana ia boleh berlaku?

Para penyelidik di Cornell University di New York menunjukkan memakan tanah lumpur atau tanah liat sebenarnya boleh menyihatkan perut. Makan kotoran atau geophagy yakni memakan lumpur untuk melindungi perut terhadap racun, parasit dan pathogen.

Berdasarkan kajian telah diterbitkan pada Jun 2011 dalam jurnal The Quarterly Review of Biology, kajian yang dipimpin oleh Dr Sera Young, telah mempelajari lebih dari 480 budaya bersama-sama dengan para mubaligh, doktor, ahli botani, dan peneroka. Mereka mendapati bahawa bumi bertindak sebagai perisai terhadap parasit dan racun tanaman.

Dr Sera Young berkata, budaya geophagy pertama kali berasal dari zaman Hippocrates lebih dari 2000 tahun lalu. Kala itu, geophagy dilakukan kaum perempuan pada peringkat awal kehamilan dan anak-anak praremaja.

Sebab, kedua-dua masa itu merupakan masa yang paling sensitif terhadap parasit dan patogen.

Keadaan ini juga umum dilakukan di daerah beriklim tropika yang mikrob berkaitan dengan makanan berlimpah.

Kajian ini pun menemui mereka cenderung akan memakan kotoran ketika merasakan sakit perut. (diterjemah dari sayaberitahu)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template