Friday, June 17, 2011

Lima Negara Paling Berbahaya di Dunia Bagi Kaum Perempuan


HHRS 2.0 - Di bawah penjajahan tentera sekutu AS, Afghanistan menjadi tempat yang paling berbahaya di dunia bagi kaum perempuan. Setelah Afghanistan, tempat kedua paling berbahaya di dunia bagi perempuan adalah Congo, kerana maraknya perkosaan terhadap wanita di negeri Afrika itu.

Hasil kajian Thomson Reuters Foundation menyebutkan, konflik yang terus berlanjutan, penjajahan AS, serangan udara tentera NATO, dan tradisi membuat Afghanistan menjadi tempat yang paling berbahaya bagi kaum perempuan. Kekerasan, buruknya perkhidmatan kesihatan dan kemiskinan mempengaruhi kehidupan kaum wanita Afghanistan.

Survei dilakukan dengan menanyakan pada 213 pakar gender daripada lima benua tentang negara-negara yang dianggap berbahaya dan berisiko tinggi bagi perempuan, mengikut ranking. Risiko dibahagikan kepada enam bahagian antara lain, perkhidmatan kesihatan, keganasan seksual, kekerasan nonseksual, pengaruh budaya dan agama, minimnya akses terhadap sumber daya, dan ancaman perdagangan perempuan.

Beberapa pakar menambah ancaman lain yang dihadapi perempuan, yang kadang kurang mendapat perhatian, seperti ancaman menjadi mangsa serangan bom, tembakan, pelemparan batu (hukuman bagi wanita Islam yang dituduh berzina) serta ancaman perkosaan yang dilakukan secara sistematik terhadap kaum perempuan yang berada di wilayah konflik .

Di Afghanistan, kaum wanita menghadapi tiga risiko, antara lain perkhidmatan kesihatan yang buruk, keganasan seksual dan minimumnya akses kepada sumber-sumber ekonomi. Tingkat kematian ibu di Afghanistan cukup tinggi kerana kemisikinan dan terbatasnya akses kepada doktor dan hospital. Menurut data UNICEF, di Afghanistan dari 11 ibu melahirkan, berlaku satu kes kematian ibu ketika melahirkan.

Negara kedua paling berbahaya bagi perempuan adalah Congo. Menurut survei TrustLaw, kaum perempuan di Congo menghadapi ancaman perkosaan dalam level yang mengerikan. Setiap tahun, lebih dari 400000 perempuan di Congo menjadi mangsa rogol sehingga PBB menyebut Congo sebagai "ibu kota perkosaan di dunia".

Negara lain, yang masuk dalam senarai teratas negara paling berbahaya bagi perempuan adalah Pakistan di tempat ketiga, India di urutan keempat dan  Somalia di urutan kelima. Perempuan di ketiga negara ini menghadapi ancaman dari kekerasan dalam rumah tangga, diskriminasi ekonomi, serangan dengan menggunakan asid, sunat bagi perempuan secara paksa, dan sasaran pembunuhan atas dasar tradisi menjaga kehormatan keluarga.

Data Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di Pakistan menyebutkan, setiap tahun ada 1000 perempuan Pakistan yang menjadi mangsa pembunuhan atas dasar tradisi menjaga kehormatan keluarga.

Sementara kaum wanita di India, menghadapi ancaman pengguguran dan perdagangan perempuan. Sedangkan di Somalia, kadar kematian ibu ketika melahirkan yang cukup tinggi, perkosaan dan sunat secara paksa menjadi ancaman dominan bagi kaum perempuan di negeri itu. (diterjemah dari eramuslim)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template