Wednesday, June 15, 2011

Lebih sejuta orang telah tutup akaun facebook

http://1.bp.blogspot.com/_GyySME1Kyfc/S3x_wPdWdJI/AAAAAAAAAk4/lzzM6hr4Btk/s400/funny%252Bfacebook%252Bmotivational%252Bposter.jpg

HHRS 2.0 - Bosan dengan media sosial? Tutup akaun Facebook? Anda mungkin bukan yang pertama. Bimbang akan data privasi bocor atau mungkin bosan dengan Facebook, 100 ribu rakyat Britain telah menutup akaun Facebook mereka bulan lalu.

Fakta "bosan" akan Facebook terlihat menarik. Sekitar enam juta rakyat Amerika Syarikat menutup laman rangkaian sosial untuk kebaikan.

Di seluruh dunia, angka pertumbuhan Facebook menyusut dalam dua bulan terakhir di mana laman rangkaian sosial itu mengejar visi untuk memiliki pengguna aktif lebih daripada satu bilion.

Oleh kerana itu, Facebook menyasar negara-negara membangun untuk menambah jumlah penggunanya.

Angka tersebut menunjukkan ada kemungkinan  orang sudah bosan akan Facebook.

Bahkan beredar spekulasi di blog-blog bahawa kebimbangan kejatuhan seperti yang dialami rivalnya, MySpace, website itu boleh "dilupakan" dalam sehari.

Awal tahun ini, eksekutif mengumumkan angka pengguna Facebook di Brirain mencapai 30 juta, atau setengah daripada penduduk.

Ini merupakan peningkatan sekitar empat juta dari Julai tahun lalu dan mewakili tertinggi di negara Eropah.

Tapi waktu sudah berubah dan bulan lepas lebih dari 100 ribu orang di Britain berhenti membuka Facebook.

Di Amerika Syarikat, pengguna Facebook turun dari 155,2 juta pengguna menjadi 149,4 juta pada Mei. Di Kanada, angka pengguna Facebook juga turun sekitar 1.5 juta, sementara di Rusia dan Norway merosot lebih dari 100 ribu pengguna.

Tapi itu bukan merupakan berita buruk untuk Facebook. Di seluruh dunia, Facebook masih merajai dengan 600 juta pengguna akibat kesan pertumbuhan pengguna facebook di Mexico dan Brazil.

Menurut Eric Eldon dari laman Inside Facebook, dia mendapatkan fakta tersebut dari sebuah analisis syarikat pengiklanan. Ada kemungkinan bahawa laman itu (Facebook) tidak akan tumbuh kecuali ia sudah berdiri kukuh di negara tersebut.

"Seiring peredaran masa, Facebook berjaya mengumpul sekitar 50% dari jumlah keseluruhan penduduk dalam suatu negara tertentu, umumnya pertumbuhan yang lambat lalu berhenti," katanya menjelaskan.

Pakar psikologi Internet Graham Jones meramalkan pengguna Facebook akan menderita sejenis 'kebosanan', kebosanan sendiri datang bila-bila masa kepada lelaki dan perempuan, akhirnya orang akan cuba hal yang baru.

Dia mengatakan, "Orang biasanya sangat bersemangat dengan sesuatu yang baru dan selepas itu akan segera pudar."

"Walaupun itu sebuah acara TV siri baru sekali pun, setiap orang akan berfikir ini adalah acara yang hebat pada permulaan dan buruk di akhir," katanya.

"Dalam setiap aspek kehidupan, kita semua suka pada hal yang baru dan hal itu terjadi pada Facebook," katanya.

"Alasan Facebook sangat menarik kerana Facebook adalah laman besar pertama yang dapat menyambung komunikasi antara sesama orang" katanya.

"Manusia adalah makhluk sosial dan hingga lima tahun yang lalu kami tidak mempunyai laman untuk berkomunikasi secara langsung, "katanya.

Facebook telah dilanda keprihatinan mengenai privasi, teknologi terbarunya adalah pengenalan wajah yang mana para komentator menunjukkan wajah mereka.

Laman itu muncul sejak tahun 2004 oelh pengasasnya Mark Zuckerberg, di sebuah bilik tidur di Harvard University.

Facebook telah menjadi laman rangkaian sosial yang terbesar di dunia dan pengasasnya (Zuckerberg) menjadi orang terkaya ke-52 di dunia dengan kekayaan peribadi bernilai 8,2 bilion poundsterling.

Pada 2008, Facebook memiliki sekitar 100 juta pengguna, lalu pengguna laman itu berkembang menjadi 600 juta hanya dalam masa tiga tahun.

Seorang jurucakap Facebook berkata, "Dari masa ke masa, kita mendengar cerita tentang merosotnya pengguna Facebook di beberapa negara."

"Beberapa laporan itu berdasarkan data yang diambil dari alat iklan kami yang memberikan anggaran luas pencapaian iklan Facebook dan tidak direka untuk menjadi sumber untuk mengesan pertumbuhan secara keseluruhan.

"Kami sangat senang dengan pertumbuhan kami dan dengan cara orang yang terlibat dengan Facebook," katanya.

"Lebih dari 50 peratus pengguna aktif kami masuk ke Facebook dalam setiap hari tertentu," katanya dikutip Daily Mail. (diterjemah dari fiqhislam)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template