Tuesday, June 21, 2011

Kumpulan zionis pertama sebelum wujudnya negara Israel

HHRS 2.0 - Dalam perayaan HUT Israel di Indonesia, bulan lalu, Unggun Dahana menyatakan bahawa Israel adalah sebuah Negara penuh toleransi dan cinta damai. Tentu kita mengetahui ucapan itu tidak lebih dari dusta belaka. Sebab dalam catatan sejarahnya, sebelum penubuhan Israel pun tentera Zionis sudah menyiapkan sekumpulan pengganas yang akan bertugas membasmi rakyat Palestin dan mendirikan Negara haram Israel.

Data dan fakta mengenai mereka sendiri pun tidak banyak terdedah. Kumpulan pengganas Zionis memliki peranan penting dalam usaha mewujudkan penubuhan Israel pada tahun 1948. Oleh itu, ini kita akan mengupas lebih lanjut mengenai kumpulan-kumpulan pengganas sebelum penubuhan negara penjajah Zionis Israel.

Kumpulan Hashomer


Dalam bahasa Ibrani atau bahasa rasmi Zionis Israel, Hashomer bererti penjaga atau pelindung. Kelompok ini termasuk organisasi pengganas zionis pertama dan terpenting sebelum pembentukan rejim Zionis. Aktivitinya tidak lebih menjalankan tindakan untuk melindungi koloni-koloni pemukiman Yahudi di Palestin.

Amos Perlmutter dalam bukunya Tentera dan Politik di Israel menulis, "Unit Pertahanan pertama Yahudi dibentuk di penghujung abad ke-19 di Eropah Timur. Pada 1905, parti Puali Zion-yang ditubuhkan sebelum gerakan Sosialis Zionis-mengawasi pembentukan kumpulan-kumpulan pertahanan di Palestin. 

Pada 1909, tempat mereka diambil alih, oleh kumpulan Hashomer.Menurut Majid Sahafa dalam bukunya Negara Fiktif, mulanya Hashomer bukanlah merupakan kumpulan orang-orang Zionis melainkan gabungan para aktivis Zionis dari Eropah Timur, Ukraine, dan Kaukasus. Orang-orang Yahudi Marxsis dari Rusia menyertai dan mencipta semangat militerisme di dalam tubuh Hashomer.

Sedangkan Leonerd Mosely dalam bukunya Gideon Goes To War mengatakan bahawa pada 1907, imigran zionis membentuk sebuah organisasi tentera bernama Bar Guevara (Komunitas Rahasaia Yahudi). Bar Guevara sendiri adalah cikal bakal Hashomer yang ada di antara tugas yang dipikul adalah mengumpul maklumat-maklumat rahsia. Setelah dua tahun berjalan, organisasi tersebut diperbaharui dan nama Bar Guevara kemudian diubah menjadi Hashomer. Sedangkan, para pendatang Yahudi yang membentuk Bar Guevara adalah Yitzhak Ben Tarvi, Alexander Zeid, serta seorang bernama Israil Shuhet.

Pada mulanya Hashomer dibentuk untuk melindungi koloni-koloni pemukiman Yahudi, namun kumpulan ini berubah menjadi kumpulan pengganas, tentera, dan perisikan Zionisme. Hashomer mempunyai pengaruh kuat pada sebahagian besar organisasi-organisasi sosialis Zionis dan melancarkan aksi keganasan bagi warga Palestin.

Selain menjaga dan melindungi koloni-koloni Zionis di bumi para nabi itu, Hashomer juga membina beberapa koloni penempatan Yahudi untuk menempatkan pendatang Yahudi yang datang dari Eropah Timur.

Koloni pertama yang dibina Hashomer adalah tanah jajahan Marjabia yang terletak di lembah Bisan. Setelah itu Hashomer pun kembali membina dua tanah jajahan lagi. Salah satunya bernama Tel Hadshim di lembah Bisan dan lain-lain bernama Kofr jaladi di desa Mithlah, sekitar kawasan Jalil.

Pada permulaan Perang Dunia Pertama, Hashomer pernah diburu oleh pihak Turki. Khususnya selepas penangkapan Lisanisky-salah seorang anggota kumpulan perisikan bernama Neili-. Rahsia-rahsia kumpulan Hashomer pun akhirnya terbongkar. Hal ini terbongkar setelah penangkapan 12 anggota Hashomer.


Walaupun demikian, orang-orang Turki tidak boleh mendapatkan maklumat lengkap perihal aktiviti ahli Hashomer dalam rangkaian Zionis. Oleh demikian, Hashomer selamat dari terus diburu oleh pegawai-pegawai Turki, tapi tidak boleh bebas dari kesan aktiviti yang dilakukannya.

Setelah Palestin jatuh ke tangan Pasukan bersekutu (Inggeris), terbongkarlah bahawa beberapa pemimpin Hashomer bekerja pada sebuah rangkaian perisikan. Dan menjadi penghubung antara rangkaian itu dengan jawatankuasa politik Pishof. Walaupun kemudiaanya diketahui bahawa sebahagian bantuan dana itu tidak sampai ke tangan jawatankuasa melainkan masuk ke poket beberapa pengurus Hashomer.

Sepanjang tempoh kuasa Inggeris ke atas Palestin, Hashomer meningkatkan aksi keganasan dan ketenteraan terhadap warga Palestin dan Inggeris.

Akhirnya pada permulaan dekad abad ke 20, ketika kaum Zionis merasakan keperluan mendesak untuk membentuk sebuah kekuatan ketenteraan besar, Hashomer pun mencadangkan pembentukan organisasi Haganah dan akan mengambil inisiatif mendirikannya. Namun beberapa ahli Hashomer menolak cadangan tersebut dan lebih memilih membentuk kumpulan perang kecil bernama Brigade Perang. Kelompok ini pun tetap berbentuk seperti ini, sehingga revolusi terhadap orang-orang Palestin meletus tahun 1929. Namun setelah itu mereka terpaksa bergabung dengan Haganah.

Hingga pada akhirnya, Yutzhak Ben Tarvi, salah seorang pengurus Hashomer menjadi presiden Israel dan Ben Gurion yang menjadi perdana menteri pertama Zionis Israel adalah salah seorang penyokong utamanya. sambung...
(diterjemah dari globalmuslim)

2 comments:

Anonymous said...

nice info..
mna admin dpt info2 ni ye?
kdg2,ssh nk cari info sal yahudi nie..

HHRS 2.0 on August 24, 2011 at 6:21 PM said...

banyak diterjemahkan dari portal2 indonesia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template