Wednesday, June 15, 2011

Jika Pemimpin Berlaku Zalim, Apa Kami Perlu Buat?

ATSAR - Hanya pemimpin Islam yang berhukum dengan hukum syara sahaja wajib ditaati dan jika tidak berhukum dengan hukum Allah dan berlaku zalim maka tidak wajib ditaati. Ini adalah prasangka yang silap dan batil, kerana menurut hadis sahih, athar dan fatwa para ulama muktabar menunjukkan keumuman pemimpin walaupun tidak berhukum dengan hukum Islam, zalim dan kejam, kerana syarat utama pemimpin yang dimaksudkan oleh hadis-hadis sahih ialah beragama Islam, bersolat dan berdaulat (dipilih secara sah), maka ia wajib diaati oleh sekalian rakyatnya. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta bendamu". [HR Bukhari & Muslim]

"Dari Wail radiallahu anhu berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka dari kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan". [HR Muslim (1846)]

Dari Abdullah bin Masoud radiallahu anhu berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah!? Baginda bersabda: Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu". [HR Bukhari 13/5. Muslim 3/1472]

Imam Nawawi berkata tentang hadis di atas ini: "Dalam hadis ini terdapat suatu perintah supaya mendengar dan taat, walaupun si penguasa zailm dan kejam. Hak untuk diaati tetap wajib djunjung,tidak boleh memberontak kepadanya. Bahkan semestinya tetap bertaqarrub dan berdoa kepada Allah untuk menghilangkan kejahatannya dan menolak kerburukannya". [Lihat: Syarah Muslim 12/232. An-Nawawi]

Ibnu Allan rahimahullah pula berkata: "Pada hadis ini ada perintah supaya bersabar menghadapi takdir Allah dan redha atas ketetapan yang manis atau pahit, serta pasrah terhadap hekendak Allah Subhanahu waTaala yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". [Lihat: Dalil Ghalihin]

Pemimpin, penguasa atau pemerintah wajib ditaati kecuali setelah terbukti ia melakukan kufur yang nyata.

*Sikap Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pemerintah & pemimpin Islam, Oleh: Ustaz Rasul bin Dahri

Dapatkan buku ini:


Harga: RM12.00

Berkaitan Buku: Secara ringkasnya, buku ini membicarakan dan membahaskan berkenaan definisi negara Islam, pemimpin Islam, pemberontakan terhadap pemimpin, tugas ulama terhadap pemimpin dan masyarakat, adab-adab dengan pemerintah, keutamaan pemimpin yang adil, kaedah menegur pemerintah, dan seumpamanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template