Sunday, June 19, 2011

Jangan berperangai seperti yahudi di atas jalan raya



HHRS 2.0 - Hanya yahudi sahaja mengyahudikan jalan raya. Pengotor keamanan dan kebebasan ini mengyahudikan rakyat Palestin yang menentang kezaliman yahudi supaya tunduk akur kepada yahudi. Gejala mengyahudikan jalan raya bukan di sini.


Harakahdaily - Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menegaskan, perhimpunan aman ialah hak asasi manusia, jikalau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) masih berhimpun secara aman, tanggungjawab kerajaan dan polis ialah membantu pihak penganjur mengatur perhimpunan dan mengawal lalulintas.
“Kami berharap kerajaan bertolerasi terhadap aktiviti perhimpunan aman, bukannya menyekat saluran rakyat meluahkan perasaan,” kata presidennya, Datuk Dr Toh Kin Woon.
Katanya, sesiapa yang mempunyai pengetahunan tentang aktiviti perhimpunan aman di Malaysia akan tahu, pasukan FRU yang menembak gas pemedih mata dan meriam air adalah penyebab utama yang mengakibatkan kekecohan.
Jelasnya, perhimpunan aman tidak akan membawa sedikit pun ketidakselesaan kepada penghuni atau peniaga bandar sekiranya FRU tidak berbbuat begitu dan menyuraikan para peserta secara paksa.
Pada 26 Mac lalu, ujarnya pertubuhan-pertubuhan wanita menganjurkan perarakan “Jalan untuk Berubah”, pihak polis memberi kerjasama dengan pihak penganjur, mereka hadir dan mengawal lalulintas.
Begtu juga perarakan Hari Hak Asasi Manusia yang dianjurkan oleh Presiden Majlis Peguam, Yeo Yang Poh beberapa tahun dahulu, pihak polis juga tidak mengganggu perarakan.
“Kedua-dua perhimpunan dan perarakan ini telah berjalan secara lancar dan aman, tidak mengakibatkan kekecohan dan kesesakan lalulintas,” ujarnya.
Ini, katanya membuktikan tuduhan pihak polis terhada himpunan aman Bersh 2.0 pada 9 Julai ini adalah tidak berasas.
Oleh sebab itu, katanya Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyokong sepenuhnya perhimpunan aman yang dianjurkan oleh Bersih.
Pihaknya juga setuju dengan tujuh permintaan reformasi sistem pilihanraya yang dikemukakan Bersih iaitu pendaftaran pengundi secara automatik, sistem undi pos untuk para pengundi luar negara, penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan, capaian media aliran utama secara saksama untuk semua parti, tempoh kempen minimum 21 hari, kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya dan menghapuskan rasuah pilihan raya.
Tambahnya, tujuh permintaan yang dikemukakan oleh BERSIH adalah indeks penting bagi mencapai pilihanraya adil dan politik berdemokrasi, parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan tidak wajar membantah.
Pihaknya turut kesal serangan pemimpin politik dan Perkasa terhadap Bersih.
Perkasa mengumumkan bersama 30 pertubuhan Melayu akan turut sama berhimpun dengan Bersih pada hari yang sama bagi menghalang demonstrasi Bersih.
Katanya, tindakan Perkasa itu yang bertujuaan menggagalkan perhimpunan Bersih telah mencabul hak kebebasan perhimpunan penyokong Bersih.
Pemuda Umno pula tiba-tiba mengumumkan satu perarakan “bagi menyokong sistem demokrasi” pada hari yang sama, ini merupakan satu lagi kerja untuk bertembung dengan Bersih.
“Kami menyeru Perkasa dan Pemuda Umno memilih tempat lain atau tarikh lain menganjurkan perhimpunan membantah reformasi sistem pilihanraya, jangan membuat kekecohan secara terancang dan menggagalkan perhimpunan aman Bersih,” katanya.
Justeru, katanya Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru semua rakyat menyertai perhimpunan aman Bersh 2.0 bagi membaiki kelemahan sistem pilihan raya kini dan menyumbang kepada proses demokrasi negara kita.

1 comments:

Blog 1 Malaysia on June 19, 2011 at 7:14 PM said...

Berperangailah seperti pemimpin2 masa kini :-)






'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
>>>http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/<<<
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template