Sunday, June 19, 2011

Ini dia muka keparat penyebab pintu Rafah ditutup semula


HHRS 2.0 - Timbalan Menteri Luar Negeri Zionis Israel, Daniel Ayalon, secara diam melawat Mesir dan melakukan pertemuan dengan pegawai tinggi dari Dewan Tentera.

Lawatan itu berlaku dua minggu lalu yang merupakan lawatan pegawai Israel ke Mesir untuk pertama kalinya pasca kejatuhan diktator Hosni Mubarak pada bulan Februari lalu.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Zionis Israel yang dipetik akhbar Maariv pada hari Selasa (14/6/2011) membantah berita lawatan tersebut.

Menurut laporan tersebut, Ayalon bertemu dengan Ketua Dewan Tentera Mesir, Mohamed Hussein Tantawi dan Menteri Luar Negeri Mesir Nabil al-Arabi. Perjanjian antara Hamas dan Fatah, pembukaan kembali sempadan Rafah, dan transaksi gas kedua-dua belah pihak adalah di antara topik perbualan Ayalon dan Tantawi.

Setelah lawatan Ayalon, Pintu Rafah ditutup kembali. Pada tarikh 28 Mei lalu, kerajaan Mesir membuka pintu Rafah yang membolehkan warga Palestin untuk masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza. Pembukaan Pintu Rafah itu dilakukan untuk pertama kalinya setelah empat tahun ditutup.

Namun, kerajaan Mesir tiba-tiba menutup pintu sempadan pada awal bulan Jun lalu tanpa adanya maklumat terlebih dahulu kepada kerajaan Palestin. Sehari kemudian, Pintu Rafah dibuka kembali dengan melaksanakan beberapa sekatan termasuk pengurangan jumlah individu-individu yang boleh melewati sempadan Gaza-Mesir itu. (diterjemah dari irib)

Note: Revolusi Mesir adalah gagal sama sekali apabila pemerintah Mesir sekarang ini berurusan dengan negara zionis laknattullah. Hanya bersalin kulit tapi isinya tetap kotor.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template