Wednesday, June 29, 2011

Filem Hang Jebat 1961: aku Jebat...rakyat biasa...pangkat aku untuk kepentingan rakyat ...bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat...


Jangan!...jangan sembah aku!...


aku bukan gila disembah...


aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagong-agongkan pangkat dan kebesarannya...


aku Jebat...rakyat biasa...pangkat aku untuk kepentingan rakyat...bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat...dan aku rela mati untuk rakyat...kerana aku mahu keadilan keadilan..........keadilan....





Filem Hang Jebat 1961


Filem Hang Jebat mengisahkan pengorbanan seorang sahabat yang menuntut bela atas kematian sahabatnya Hang Tuah. Kisah ini juga menceritakan lagenda Hang Tuah dan sahabat-sahabat karibnaya iaitu Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Kasturi, dan Hang Lekir. Hang Jebat merupakan sahabat yang paling rapat dan dianggap saudara kandung oleh Hang Tuah. Pada suatu masa Hang Tuah Telah difitnah atas angkara Tun Teja dan Pateh Karmawijaya seterusnya dihukum bunuh oleh sultan. Oleh kerana itu, Hang jebat telah bersumpah akan menuntut bela atas kematian Hang Tuah. Beliau telah melakukan apa sahaja yang disukainya kerana menuntut keadilan daripada sultan dan seterusnya telah dibunuh oleh sahabatnya karibnya sendiri yang disangka sudah mati.

Dari segi pengolahan cerita, Filem Hang Jebat ini merupakan genre drama dan aksi. Merupakan filem pertama arahan Hussein Hanif. Pelakon-pelakon yang dibintangi oleh Nordin Ahmad sebagai Hang Jebat, M. Amin sebagai Hang Tuah, Latifah Omar sebagai Dang Baru, Mahmud June sebagai Pateh Karmawijaya, Rosnani Jamil sebagai Pemaisuri serta dibantu oleh Abdullah Sani dan Siput Sarawak. Corak filem ini ialah hitam putih dan disampaikan dalam bahasa melayu. Filem ini cuba menggambarkan kisah sejarah Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Zaman Kegemilangan Laksamana Hang Tuah. Filem ini juga mempunyai pertalian cerita dengan filem Hang Tuah pada Tahun 1956 yang dibintangi oleh P. Ramli tetapi filem ini mengetengahkan watak Hang Jebat sebagai watak utama berbanding dengan filem Hang Tuah.

Terdapat banyak persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam kisah Hang Jebat ini antaranya keadilan, kesetiaan, percintaan dan tanggung jawab. Hang Jebat berasa marah terhadap sultan dan menganggap sultan tidak adil. Hal ini disebabkan sultan telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tuah tanpa usul periksa yang mana pada asalnya Tuah telah difitnah melakukan kesalahan. Hang Jebat telah menunjukkan kesetiaan persahabatannya dengan Tuah walaupun beliau sendiri dibunuh dengan rela oleh Tuah. Tuah pula menunjukkan kesetiaannya pada sultan walaupun dihukum bunuh. Percintaan antara Jebat dan Dang Baru menimbulkan persoalan dan pada akhir kisah, persoalan ini terjawab dimana mereka telah bernikah secara rahsia. Hang Jebat merupakan seorang yang amat bertanggungjawab. Hal ini ditunjukkan semasa pemergian Tuah, beliu sering menjenguk keluarga Tuah. Selain itu beliau juga amat mengasihani orang-orang miskin kampung dan membantu mereka dalam apa jua perkara. Beliau telah memanggil orang-orang miskin dan mengagih-agihkan harta sultan dan mengadakan jamuan serta hiburan semasa ketiadaan sultan.

1 comments:

BZ said...

Tonton drama cina ALL MEN ARE BROTHER
Moto KEADILAN UNTUK SEMUA.Hapuskan
semua pemimpin yang zalim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template