Friday, June 10, 2011

Dokumen asli surat-surat Rasulullah untuk 3 pemimpin negara

Setelah Perjanjian Hudaibiyah Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam mempunyai kesempatan untuk berdakwah dengan lebih luas. Beliau menghantar banyak surat kepada pembesar di pelbagai negeri menyeru mereka kepada Islam. Berikut ini adalah kisah tiga orang raja yang berbeza reaksinya ketika menerima surat dari Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam. Perbezaan reaksi ini mengakibatkan perbezaan nasib yang mereka alami.

1 - Surat Nabi saw untuk Raja Negus (Penguasa Habsyah)
Isi surat:
Dari Muhammad utusan Allah untuk An-Najasyi, penguasa Abyssinia (Ethiopia).
Salam bagimu, sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, dan aku bersaksi bahawa Nabi Isa Ibni Maryam adalah ruh dari Allah yang diciptakan dengan kalimat Nya yang disampaikan kepada Mariam yang terpilih, baik dan terpelihara. Maka ia hamil kemudian diciptakan Isa dengan tiupan ruh dari-Nya sebagaimana diciptakan Adam dari tanah dengan tangan Nya. Sesungguhnya aku mengajakmu ke jalan Allah. Dan aku telah sampaikan dan menasihatimu maka terimalah nasihatku. Dan salam bagi yang mengikuti petunjuk.

Ketika Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam menulis surat kepada An-Najasyi yakni Ashhamah bin Al-Abjar dan diseru kepada Islam. Raja An-Najasyi mengambil surat itu, beliau lalu meletakkan ke wajahnya dan turun dari singgahsana. Baginda masuk Islam melalui Jaafar bin Abi Tholib radiyallahu 'anhu.

Beliau lalu menghantar surat kepada Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam dan menyebutkan tentang keislamannya.

Raja An-Najasyi akhirnya meninggal dunia pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijriyyah. Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam memberitakan hal itu pada hari wafatnya lalu melakukan solat ghaib untuknya. Beliau juga memberitahu bahawa Raja An-Najasyi kelak akan masuk syurga.


2 - Surat Nabi saw untuk Raja Heraclius (Maharaja Rom)
Isi surat:
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dari Muhammad utusan Allah untuk Heraclius Maharaja Rom yang agung.

Salam bagi sesiapa yang mengikuti petunjuk. Salain dari pada itu, sesungguhnya aku mengajak kamu untuk memeluk Islam. Masuklah kamu ke agama Islam maka kamu akan selamat dan peluklah agama Islam maka Allah memberikan pahalah bagimu dua kali dan jika kamu berpaling maka kamu akan menanggung dosa orang-orang Rom. "Katakanlah: Wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". Al-Imron 64

Ketika Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam menghantar surat kepada Maharaja Heraklius dan menyeru kepada Islam. Pada waktu itu Maharaja sedang merayakan kemenangannya atas Negeri Parsi.

Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam telah menghantar Dihyah bin Khalifah Al-Kalby sebagai utusan kepada Maharaja Heraklius penguasa Empayar Rom, pemimpin yang berkuasa pada masa itu. Sang Maharaja pun berkeinginan untuk melakukan kajian dengan menyemak kebenaran kenabian Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam. Maka beliau memerintahkan untuk mendatangkan seseorang dari Bangsa Arab ke hadapannya.

Abu Sufyan rodhiyaullahu 'anhu, waktu itu masih kafir, dan rombongannya akan dihadirkan di hadapan Maharaja. Beliau diminta berdiri paling depan sebagai juru bicara kerana memiliki nasab yang paling dekat dengan Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam. Rombongan yang lain berdiri di belakangnya sebagai saksi, sehingga beliau tidak berani berbohong. Itulah strategi Maharaja untuk mendapatkan keterangan yang sah.

Maka berlangsunglah dialog yang panjang antara Maharaja dengan Abu Sufyan rodhiyaullahu 'anhu. Maharaja Heraklius adalah seorang yang cerdas dengan pengetahuan yang luas.

Dengan kecerdasan dan keluasan ilmunya Maharaja boleh mengetahui kebenaran kenabian Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam. Bahkan Maharaja menyatakan:
"Dia (maksudnya Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam) kelak akan mampu menguasai wilayah yang dipijak oleh kedua-dua kakiku ini." Sedang saat itu Maharaja sedang dalam perjalanan menuju Baitul Maqdis.

Maharaja lalu memuliakan Dihyah bin Khalifah Al-Kalby dengan menghadiahkan sejumlah harta dan pakaian. Maharaja memuliakan surat dari Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam namun masih lebih mencintai takhtanya. Akibatnya adalah di dunia Allah Subhanahu wa Ta'ala memanjangkan kekuasaannya. Namun dia harus mempertanggungjawabkan kekufurannya di akhirat kelak.


3 - Surat Nabi saw untuk Raja Khosrau II (Penguasa Parsi)
Isi surat:
Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dari Muhammad utusan Allah untuk Khosrau, penguasa Parsi yang agung.
Salam bagi orang yang mengikuti petunjuk, beriman kepada Allah dan RasulNya, dan bagi orang yang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah, Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bagi yang bersaksi bawha Muhammad itu hamba-Nya dan utusan Nya. Aku mengajakmu kepada panggilan Allah sesungguhnya aku adalah utusan Allah bagi seluruh umat manusia, supaya aku memberi amaran kepada orang-orang yang hidup (hatinya) dan supaya pastilah (ketetapan azab) terhadap orang-orang yang kafir. Peluklah agama Islam maka kamu akan selamat. Jika anda menolak, maka kamu akan menanggung dosa orang-orang Majusi.

Ketika Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam menghantar surat kepada Kisra Abrawaiz raja dari Negara Parsi dan diseru kepada Islam. Namun ketika surat itu dibacakan kepada Kisra, ia pun mengoyaknya sambil berkata, "Budak rendahan dari rakyatku menuliskan namanya mendahuluiku.

Ketika berita tersebut sampai kepada Rasulullah Sholallahu 'alaihi wasallam, baginda mengatakan, "Semoga Allah mencabik-cabik kerajaannya."

Doa tersebut dikabulkan. Parsi akhirnya kalah dalam perang menghadapi Rom dengan kekalahan yang menyakitkan. Kemudian digulingkan oleh anaknya sendiri yakni Syirawaih. Ia dibunuh dan dirampas kekuasaannya.

Seterusnya kerajaan itu kian tercabik-cabik dan hancur sampai akhirnya ditawan oleh tentera Islam pada zaman Khalifah Umar bin Khaththab radiyallahu 'anhu hingga tidak boleh lagi berdiri. Selain itu Kisra masih harus mempertanggung-jawabkan kekufurannya di akhirat kelak.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template