Friday, June 10, 2011

Bukan sebarangan tempe!



Rasuah Khir : RM6 Juta Dibayar Tunai Ubah Suai Banglo


Selangorkini - Mantan Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo membayar tunai RM6 juta untuk mengubah suai banglo mewah miliknya pada tahun 2007, Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu hari ini.
Pereka laman Nasir Ismail yang menjalankan projek itu yang dicanang sebagai Istana Khir, memberitahu bahawa mantan Menteri Besar Selangor itu membayar beliau secara ansuran empat atau lima kali dengan cek-cek setiap satu berjumlah RM500,000.
Banglo itu diubah suai dengan tema Bali, tambah Nasir dalam perbicaraan rasuah Khir Toyo yang masuk hari ke dua hari ini.
Khir Toyo didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada syarikat Ditamas menerusi pengarahnya Shamsuddin Hayroni.
Sebagai balasan, Khir dituduh menggunakan kedudukan sebagai Menteri Besar untuk memperolehi pelbagai projek bagi Ditamas dan Shamsudin.
Pagi tadi,  Shamsuddin yang dijadualkan memberi keterangan pada perbicaraan itu tidak berbuat demikian atas alasan,  beliau uzur.
Semalam Shamsuddin menggelabah ketika memberi keterangan sehingga hakim menangguhkan perbicaraan.
Shamsuddin sebelum ini dituduh bersubahat dengan Khir Toyo melakukan kesalahan itu.  Bagaimanapun tuduhan itu digugurkan dan Samsuddin menjadi saksi pendakwaraya untuk memberi keterangan terhadap mantan Menteri Besar Selangor itu.
Khir Toyo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.
Perbicaraan disambung semula Isnin ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template