Friday, June 24, 2011

Berita baik ini sangat bahaya untuk harga minyak masak, hahaha


HHRS 2.0 - Syarikat penerbangan KLM Belanda mengatakan bahawa pihaknya merancang menggunakan minyak masak kitar semula sebagai bahan bakar Biofuel, untuk kekuatan penerbangan dari dan menuju Perancis.

KLM mengatakan bahawa mulai bulan September mereka akan memulakan penerbangan antara Paris dan Amsterdam dengan menggunakan bahan bakar biofuel yang diperbuat dari bekas minyak goreng bekas.

Seperti yang dilaporkan  The Straits Times, Kamis (23/6/2011), Pengarah KLM, Camile Eurlings, menyatakan bahawa sebuah syarikat tidak perlu mengubah mesin pesawat untuk menggunakan bahan bakar biofuel.

Langkah penggunaan bahan bakar biofuel ini dimaksudkan oleh pihak syarikat untuk membantu mengurangkan pembebasan karbon KLM yang mempunyai kesan negatif terhadap keanekaragaman hayati serta bekalan makanan.

Eurlings juga menambah, agar pihaknya akan diberikan kuasa untuk menggunakan bahan bakar baru tersebut untuk penerbangannya. (diterjemah dari sayaberitahu)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template