Thursday, June 23, 2011

Asal usul kemunculan tentera Zionis


Menurut Ami Isseroff, Haganah adalah gerakan bawah tanah Yahudi yang ditubuhkan pada tahun 1920 dengan nama rasmi Irgun HaHagannah Ha'vri. Haganah boleh dikatakan sebagai salah satu tiang organisasi paramiliter Yahudi di wilayah Palestin saat masih menjadi wilayah mandat United Kingdom sejak 1920 hingga 1948.

Majid Safa dalam bukunya Negara Fiktif menyatakan bahawa kumpulan ini merupakan Organisasi Tentera Zionis yang memulakan aktivitinya sejak tahun 1921 di Jerusalem. Tujuan mereka tiak lain adalah mengusir kaum muslim Palestin dan menempatkan orang Yahudi di bumi para nabi tersebut.
Saat pembentukan organisasi ini, pemimpin mereka pun mengatakan bahawa tujuan dari didirikannya Haganah adalah membela kehidupan, pemilikan dan keagungan para warga Yahudi.

Oleh kerana itu, begitu saja Haganah terbentuk, banyak elemen pasukan Yahudi yang akan bergabung di dalam barisan Haganah. Mereka notabene adalah orang-orang Yahudi yang pernah berperang di Balkan dengan pihak Inggeris pada pertengahan Perang Dunia Pertama iaitu antara tahun 1917 sampai 1918.

Menurut Majid Safa, kebanjiran para pendatang Yahudi dari beberapa negara Eropah, khususnya Eropah Timur, di antara tahun 1920-1930 semakin memperkuat salah satu sel kumpulan pengganas Zionis ini. Hal ini kerana bahawa sebahagian besar imigran yang baru datang adalah pemuda. Banyak dari mereka yang juga mempunyai pengalaman di bidang organisasi milisi dan rahsia di tempat-tempat pemukiman Yahudi di Eropah Timur.

Pada tahun 1920 - 1930, di bawah pimpinan David Ben-Gurion, Haganah melaksanakan aksi keganasan dan kekerasan. Haganah yang semula hanya terbatas sebagai kekuatan bersenjata demi mempertahankan penempatan pendatang Yahudi, kemudian berubah menjadi laskar yang melakukan serangan terhadap warga Arab-Palestin. Mereka juga melakukan pengadaan dan pembelian senjata untuk merancang konflik dengan masyarakat Arab-Palestin yang kemudian dikenali dengan rencana Ben Zion Dinos, sebuah rencana yang menyusun senarai dan tarikh aksi pembunuhan terhadap para pemimpin Arab-Palestin saat itu.

Pemilihan tempat-tempat penempatan Yahudi yang murni dibina dengan tujuan strategik dan politik sangat berpengaruh dalam terbentuknya Haganah dan pola pikir para anggotanya. Pemilihan tempat pemukiman Yahudi tidak hanya berdasarkan kepada faktor ekonomi, tetapi juga faktor keperluan pertahanan pusat dan strategi penempatan warga Yahudi berdasarkan jaminan akan kewujudan politik warga Yahudi di seluruh tanah Palestin.

Menurut mereka, berhadapan langsung dengan warga Arab secara khusus akan mempengaruhi faktor ekonomi. Menurut mereka hal ini dalam gilirannya akan menjadikan penempatan Yahudi tersebut menjadi sebuah benteng yang kukuh untuk pertahanan Haganah. Program-program ekonomi dan pertanian pun akhirnya dijalankan secara serentak dengan program tentera.

Haganah mempunyai dua komando rahsia, iaitu komando tinggi awam dan komando tinggi tentera. Dua komando ini tertakluk kepada institusi Zionis yang berpusat pada agen-agen Yahudi.

Pada awal mula perkembangannya, Haganah mengadakan hubungan dengan Hestodort, yakni sebuah organisasi Persatuan Para Buruh Yahudi di Israel. Pada dekad 1920an pun Haganah menyiapkan landasan untuk aktivitinya di bidang perisikan dan juga penyeludupan senjata dan pemindahan warga Yahudi ke Palestin.

Abdul Wahhab Maisiri dalam bukunya Mausu'ah al Mafahim wa al Musthalahat ash Shhahyuniyah menyatakan bahawa Yosef Hekht, seorang pemimpin Haganah, dalam laporannya kepada David Ben Gurion berkaitan masalah ini mengatakan, "Di masa itu, Haganah (sudah) mempunyai 27 senjata mesin, 750 senapang 1050 revolver, dan 750 bom tangan. Kerana jumlah senjata ini dirasa tidak cukup untuk menguasai Palestin, maka para personil Haganah berupaya mengimport senjata daripada luar negeri. Hal ini dilakukan melalui penyeludupan senjata dan pembangunan beberapa kilang kecil pembuat senjata ringan. "

Selanjutnya Abdul Wahhab berkata, pada mulanya perlindungan terhadap semua tanah jajahan dan penempatan Zionis masih berada di bawah pimpinan pusat Haganah. Namun, setelah terjadinya peristiwa revolusi 1929, Haganah mulai mengatur kelembagaannya atas dasar pengembangan, perluasan pendudukan dan operasi keganasan. Haganah juga mengumpulkan berbagai peranti senjata dan menyimpan bahan logistik, serta menghasilkan sebahagian yang lain pada tahun-tahun berikutnya. sambung...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template