Thursday, June 30, 2011

Anda masih ingat tragedi berdarah ceramah Bersih 1.0 di Batu Buruk?

Mangsa tembakan oleh rejim yang mempertahankan kerajaan korup!


Lepas tembakan
Dakwaan tersebut disanggah oleh seorang saksi kejadian tersebut, Osman Ismail, 49, yang melihat sendiri dari dekat bahawa anggota polis itu melepaskan empat atau lima das tembakan rambang sambil berlari ke arah Pasukan Simpanan Persekutuan selepas bertengkar dengan beberapa orang pemuda. Beliau yang takut terkena peluru sesat, bergerak ke arah lain dan ketika itulah beliau kedengaran laungan ‘mati’!
Osman menambah, beliau nampak anggota FRU yang berang bertindak memecah cermin kereta dan motosikal yang diletakkan di tepi jalan. Beliau juga ternampak trak FRU terlanggar pasu bunga di Jalan Sultan Mahmud ketika mengundurkan kenderaan secara membuta tuli.
Insiden tembakan peluru hidup tidak mendapat tumpuan sepatutnya dalam laporan media aliran perdana. Sebaliknya insiden membakar Jalur Gemilang dan panji-panji Umno pada malam tragedi tersebut telah diwar-warkan.
Saya setuju dengan pendapat Ahmad Lutfi Othman bahawa selepas gas pemedih mata dilepaskan dan sebaran sebutan bahawa salah seorang yang ditembak oleh polis berpakaian preman telah meninggal dunia, maka tidak sukar difahami mereka yang dikuasai perasaan amarah, selain daripada ejen provokatur, mungkin juga membakar Jalur Gemilang atau panji-panji Umno, sebagai protes mereka terhadap simbol negara dan simbol parti pemerintah.
Berbanding dengan rampasan hak mereka untuk berhimpun secara damai, dan ancaman keselamatan dan nyawa ratusan, malah ribuan orang ahli dan penyokong PAS dan PKR oleh keganasan polis, apakah perlu diribut-ributkan tentang sehelai dua Jalur Gemilang atau panji Umno yang dibakar?
Bila kempen Bersih untuk pilihanraya yang lebih adil dan bersih bertemu dengan peluru hidup, bila anggota polis cawangan khas dalam pakaian preman disyaki memainkan peranan ejen provokatur, dan bila polis disyaki bersubahat dengan pemimpin Umno untuk mensabotaj perhimpunan aman parti-parti pembangkang, maka apakah perlu digembar-gemburkan tentang ‘semangat patriotik’ seperti yang ditakrifkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional?
Jelas sekali, yang lebih penting ialah desakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bebas dan tidak memihak, untuk membuat siasatan segera secara mendalam dan perinci tentang pihak mana dan siapakah yang perlu bertanggungjawab terhadap tercetusnya Rusuhan Batu Buruk yang melibatkan 23 kes tangkapan polis, tujuh kes cedera (termasuk dua orang yang ditembak oleh peluru hidup) dan kemusnahan harta benda awam yang ditafsirkan bernilai sejuta RM?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template