Tuesday, June 14, 2011

Allahu akbar! Mujahidin Afghan serang 20 lori tangki minyak NATO


HHRS 2.0 - Mujahidin Imarah Islam Afghanistan di Afghanistan timur, wilayah Wardag berjaya menghancurkan lebih dari 20 lori tangki yang mengandungi penuh bahan bakar untuk tentera kafir AS-NATO di Afghanistan.

Mujahidin melancarkan serangan ke arah konvoi NATO di daerah Sayedabad pada Minggu (12/6/2011) dan menghancurkan lebih dari 20 lori tangki minyak NATO, ujar kepala kepolisian wilayah Wardag, Haghnavaz Haghyar seperti yang dilansir Press TV.

Sekurang-kurangnya enam tentera boneka Afghan tercerdera dalam insiden ini, tambahnya.

Juru cakap Imarah Islam Afghanistan, Zabiullah Mujahid mengatakan bahawa 38 lori tangki minyak NATO dihancurkan dan 32 pemandu terbunuh dalam serangan.

Konvoi bekalan NATO selalu menjadi sasaran serangan Mujahidin setiap hari. Jika konvoi tersebut bolos dari serangan oleh Mujahidin di Pakistan, maka Mujahidin Afghanistan yang akan menyerang mereka. Serangan ini menurut Mujahidin Pakistan dilancarkan sebagai pembalasan dendam atas serangan tentera AS tanpa sekatan di kawasan-kawasan kesukuan Pakistan yang telah mengorbankan beratus-ratus orang awam sejak tahun 2008.

Konvoi ini tiba di pelabuhan Karachi, di mana pemerhati keselamatan yakin kepimpinan Imarah Islam Afghanistan bersembunyi di sana. Dari sana, konvoi tersebut melakukan perjalanan jauh, melewati wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan dan masuk ke sempadan Afghanistan.

Laluan lain telah dicuba AS dan terbukti lebih mahal baik secara politik dan ekonomi.(diterjemah dari arrahmah)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template