Monday, June 27, 2011

Aktivis AS ke Gaza akan ditangkap oleh kerajaan AS. Tidak jauh bezanya dengan BERSIH 2.0


HHRS 2.0 - Tidak jauh bezanya situasi yang berlaku di Malaysia ketika ini. Belum berlaku lagi demonstrasi Bersih, polis telah menggila menangkap ramai rakyat yang bersalah kerana menuntut keadilan dan hak mereka untuk mengundi dalam pilihan raya yang adil, telus dan saksama.

Menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini adalah satu jenayah dalam kitab UMNO/BN.

GM - Jabatan Luar Negeri AS mengancam tuntutan jenayah terhadap para aktivis Amerika yang merancang untuk menghantar armada bantuan baru untuk menyelesaikan sekatan Israel di Jalur Gaza.

"Kumpulan yang berusaha untuk memecahkan sekatan maritim Israel di Gaza melakukan tindakan provokatif yang tidak bertanggung jawab dan membuat risiko keselamatan penumpang," kata jurucakap Jabatan Luar Negeri Victoria Nuland dalam satu kenyataan Jumaat lalu.

Dia mengatakan bahawa memberikan atau bersekongkol untuk memberikan bantuan kepada Hamas boleh melanggar undang-undang sivil AS dan ketetapan jenayah dan boleh mengakibatkan denda dan penahanan.

Sebelumnya dilaporkan, para aktivis daripada lebih daripada 30 buah negara merancang untuk belayar dengan menggunakan beberapa kapal ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza yang terkepung dalam masa terdekat ini.

Amerika Syarikat, sekutu Israel yang paling penting, menyokong supaya sekatan Israel di Gaza. (diterjemah dari globalmuslim)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template