Tuesday, June 21, 2011

Agen keparat yahudi dalam temubual tv Israel: Tunjuk koleksi mangsa bunuh


HHRS 2.0 - Pegawai perisikan Israel yang bertugas dalam aktiviti penyamaran muncul di televisyen nasional Sabtu lalu untuk bercakap tentang tindakannya membunuh warga Palestin dalam sebuah siaran program di televisyen Channel 10 Israel.

Oren Beaton seorang pegawai perisikan Israel dalam program temubual itu menunjukkan sebuah album foto warga Palestin yang dia bunuh semasa dia menjawat sebagai seorang komander dari unit operasi rahsia Israel di Tebing Barat utara bandar Nablus.

Beaton menjelaskan bahawa dia menyimpan foto-foto mangsa yang dibunuhnya.

"Ini adalah foto dari seorang pemuda Palestin bernama Basim Subeih yang saya bunuh. Ini adalah satu lagi pemuda yang juga saya bunuh. Saya robek tubuhnya, dan imej menunjukkan sisa-sisa tubuhnya," katanya dengan bangga.
Program TV itu juga menampilkan seorang agen rahsia yang disebut sebagai "D", yang secara terbuka mengaku membunuh "warga Palestin yang anda cari."

Dia mengeluh menderita gangguan stres pasca trauma dan mengatakan bahawa negara telah menolak tuntutannya bagi pampasan atas trauma yang dia derita.

Presenter Channel 10 kemudian meminta kerajaan Israel untuk memenuhi tuntutan agen ini.

"Mereka adalah agen Shin Bet kita hanya mendengar tentang mereka dan tidak pernah melihat mereka, dan berkat mereka kita boleh hidup dengan aman," kata presenter tersebut.

Laporan itu juga memfilmkan wilayah Palestin, dan menunjukkan agen berkeliaran di jalan-jalan Ar-Ram di Jerusalem Timur yang diduduki dengan pistol di balik baju mereka, menggambarkan bahawa agen Israel masih beroperasi di bandar-bandar Palestin.

Para agen, yang fasih berbahasa Arab, dalam filem itu dikelilingi oleh penyumbang Palestin yang bertopeng yang diam-diam dikerahkan ke kawasan itu untuk melindungi mereka.

Program ini memberikan butiran yang sebelumnya belum disahkan tentang kaedah operasi agen yang menyamar.

Laporan ini menjelaskan bahawa pegawai Shin Bet melakukan pengintipan sebelum pembunuhan, menyiasat rakan sasaran dan teman sekelasnya.

Agen yahudi ini bahkan akan bertanya tentang makanan kegemaran sasaran dan kebiasaannya di rumah, kata laporan itu.

Dengan cara ini, agen akan mengumpulkan gambar perilaku sasaran dan secara rutin mengawasinya.

Agen "D" mengatakan "kemudian kami akan menculik sasaran dan menunggu sehingga komandan tiba untuk mengesahkan identitinya. Lalu kemudian kami menembaknya."

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template