Tuesday, June 14, 2011

8 buah enjin jet hilang !!!

Jangan panik. Kecurian ini berlaku di Israel

HHRS 2.0 - Polis tentera Israel membuka kertas siasatan berhubung kehilangan beberapa bahagian enjin pesawat pejuang Israel,  (13/6/2011).

Sebuah enjin mencapai beberapa tan dan hanya boleh diangkut dengan lori. Kerana itu ada kecurigaan kecurian itu melibatkan orang dalam.

Walaupun mengakui ada kes kehilangan itu, pihak polis tentera tidak memberi pengesahan soal maklumat yang menyebut lapan pesawat pejuang kehilangan mesin.

"Polis tentera masih menyiasat kes ini," ujarnya tanpa mengesahkan laporan kehilangan itu berlaku di pengkalan udara tentera Tel Nov berhampiran Tel Aviv.

Beberapa pegawai angkatan udara Israel, seperti dikutip surat khabar Maariv, mengatakan, yang hilang adalah lapan buah enjin pesawat jenis F-15 dan F-16 dan diambil dari pengkalan udara Tel Nof.

Mereka tidak memberitahu bila kecurian itu berlaku, tetapi hanya menyatakan enjin-enjin itu sudah tidak terpakai. Maariv melaporkan, ejin-enjin itu dicuri kerana dianggap besi buruk. Mengutip kenyataan penyiasat, Maariv melaporkan, sebuah enjin boleh mencapai beberapa tan dan hanya boleh diangkut dengan lori. Kerana itu ada kecurigaan kecurian itu melibatkan orang dalam.

Beberapa pegawai tentera yang dikutip harian HaYoum menyebut kecurian itu kes yang "sangat serius." (diterjemah dari kompas)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template