Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh : Lebih 500 Sertai Solat Jenazah

Selangorkini - Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir di Masjid Sultan Hisamuddin AlamShah, Pekan Batu 14, Hulu Langat bagi menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.
Ketujuh-tujuh jenazah itu disolatkan selepas menunaikan solat Zohor di masjid berkenaan. Masjid berkenaan mulai dipenuhi jemaah sejak pukul 10 pagi tadi untuk menunaikan solat jenazah bagi mangsa-mangsa terbabit.
Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M.Muin (18 tahun), Mohd Azret Azahari (8), Wan Ahmad Hasrim Hazim (11), Mohd Mustakim Mamat (12), Mohd ZaidAzahari (14), Mohd Imal Fahad (9 ) dan Mohd Hazim Sapri (10).
Kesemua mereka akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat.
Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.
Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagiyang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat. Semua mayat mangsa yang terkorban di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kesemua jenazah selesai dituntut ahli keluarga dan waris pada kira-kira 12.05 tengah hari tadi. Jenazah mangsa yang lain akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing iaitu tiga di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Dengkil (dua) dan masing-masing satu di Batu Caves, Perak, Pahang dan Kelantan.
Muslims recite prayers beside coffins of victims who were killed in Saturday's landslide during a funeral prayer at a mosque in Hulu Langat in central

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template