Thursday, May 19, 2011

Ribuan VCD, risalah lucah diedarkan, apa tindakan polis?

HHRS 2.0 - melayu boleh  itu dulu. Malaysia boleh dulu, kini dan selamanya...
Keadilandaily -  Tindakan mengedarkan VCD lucah adalah taktik keji Umno untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kata Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Abdul Talib.
Dalam satu sidang media bersama Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), beliau mendedahkan penemuan 6,532 VCD lucah pada program ‘Munajat Umat Tolak Fitnah’ di Stadium Selayang baru-baru ini.
“Tindakan Umno ini sangat keji. Anak saya pun boleh pegang dan lihat bahan lucah tersebut. Mereka tidak fikirkan sensitiviti dan kepentingan umum.
“Mereka seolah-olah merayakan kelucahan dalam masyarakat kita. Semua peringkat usia tahu apa itu seks, liwat dan lucah. Ini akan menjadi satu budaya keji dalam masyarakat kita. Remaja-remaja dan belia kita, terutamanya anak Melayu akan terlibat dengan gejala-gejala seperti ini nanti.
“Mereka edar VCD dan risalah itu secara terbuka. Mereka yang terdiri daripada orang tua, remaja sekolah, lelaki, perempuan mahu pun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini,” jelas beliau dengan nada marah.
“Yang menghairankan saya, bagaimana mereka boleh edar VCD dan risalah tersebut secara terang-terangan. Sedangkan, program tersebut dikawal oleh polis dari petang sampai ke malam,” kata Zaidi yang mempersoalkan kreabiliti polis yang bertugas pada hari berkenaan.
Beliau memaklumkan pihaknya mengesan VCD dan risalah lucah selepas solat Maghrib dan diletakkan secara terbuka di cermin-cermin kereta, ditaburkan di tepi stadium dan diletakkan di motosikal.
“Kami sangat terkejut dengan polis yang seolah-olah membutakan mata mereka terhadap pekara yang berlaku pada malam tersebut. Kami sangat kecewa,” katanya sambil menuntut polis melakukan siasatan segera dan teperinci.
Sementara itu, Timbalan Ketua KEADILAN Cabang Selayang, Asri Buang membongkar satu lagi taktik keji Umno, iaitu dengan menyebarkan sebuah akhbar menyerupai Selangor Kini yang diubah menjadi ‘Selangor Terkini’.
“Pada program tersebut hadirin diedarkan risalah “Selangor Terkini” di dalam sebuah beg kertas yang terpapar muka Najib. Ini seolah-olah memberi gambaran jelas bahawa Najib yang mendalangi taktik keji ini.
Asri mengutuk tindakan Umno yang menyedarkan akhbar palsu dengan menggunakan logo rasmi kerajaan negeri Selangor.
“Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggugjawab. Kami telah membuat laporan berkenaan perkara tersebut dan menggesa pihak polis melakukan siasatan segera serta tidak bersikap ‘double standard‘.
“Kami sanggup beri kerjasama sekiranya pihak polis mahukan bukti dan gambar untuk membantu siasatan,” kata Zaidi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template